Loading...

Cuti Umum

Hari Wesak 2019

Kepada penganut agama Buddha, Hari Wesak atau juga dikenali sebagai Hari Buddha adalah lebih daripada sekadar cuti umum. Ini adalah kerana festival ini adalah untuk merayakan tiga peristiwa penting, iaitu kelahiran, ilham (nirvana) dan kematian (Parinirvana) Siddhartha Gautama Buddha. Sambutan ini telah dirayakan sejak bertahun lamanya sebagai sebuah tradisi buat mereka yang beragama Buddha.

Tarikh Hari Hari Perayaan Negeri
19 Mei Ahad Hari Wesak Nasional
20 Mei Isnin Cuti Hari Wesak Nasional kecuali Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu

Fakta Tentang Cuti Hari Wesak

Kira-kira pada tahun 500 Sebelum Masihi (SM), Siddhartha Gautama Buddha telah menjadi pengasas agama Buddha, dimana ianya berlaku ketika Gautama sedang memikirkan tentang makna sebenar kehidupan dan telah memutuskan untuk pergi mengembara ke negara lain bagi mencari jawapannya. Gautama telah belajar yoga dan berpuasa daripada beberapa orang guru yang berlainan untuk jangka masa yang lama dengan harapan untuk mendapatkan sedikit pengetahuan tentang kehidupan dan kematian. Namun akhirnya Gautama menyedari bahawa amalan-amalan ini masih tidak dapat membantu dirinya untuk memahami erti sebenar kehidupan.

Selepas bertemu seorang wanita yang membawanya makanan ketika dirinya sedang duduk bersendirian di bawah pokok, Gautama kemudiannya sedar sejurus selepas merasai makanan yang dibawa bahawa samada dengan dirinya berpuasa mahupun menikmati keseronokan dunawi, semua aktiviti-aktiviti ini masih tidak akan dapat membantu dirinya untuk mencari makna sebenar kehidupan. Saat dimana Gautama menerima kesedaran ini telah digelar sebagai saat Nirvana, dan dilihat sebagai seseorang yang telah menerima ilham.

Sejak peristiwa ini, Hari Wesak telah diraikan di pelbagai negara di seluruh dunia sebagai tanda penghargaan di atas pengalaman Gautama, terutamanya di negara-negara Asia Tenggara seperti di Kemboja, Singapura, Thailand dan Sri Lanka. Di Malaysia, perayaan Hari Wesak bermula di waktu awal pagi ketika para penganut dan pengikut agama Buddha berkumpul di kuil-kuil suci di seluruh negeri untuk memusatkan fikiran mereka kepada lapan prinsip "Precepts" dengan cara menaikkan bendera Buddha dan memuji tiga pertama suci Buddha. Tiga permata suci yang dimaksudkan termasuklah Buddha itu sendiri, Dharma (ajaran-ajarannya), dan Sangha (pengikutnya)

Dalam mendalamai lapan prinsip, para penganut agama Buddha perlu menahan diri dari kegiatan-kegiatan tidak bermoaral dan aktiviti-aktiviti kegiatan asas yang tertentu. Ini termasuklah, mencuri, mengeluarkan ucapan yang tidak baik, melakukan aktiviti seksual, menikmati tempat tidur yang mewah dan banyak lagi. Selain mengikuti prinsip-prinsip ini, sambutan Hari Wesak juga sering melibatkan upacara 'mandi' Buddha sebagai simbol penyucian, berpantang daripada memakan daging, melakukan meditasi dan kerja-kerja amal juga diperbanyakkan.

Makanan Tradisional Hari Wesak

Para pengikut dan penganut Buddha hanya akan dihidangkan dengan makanan dan minuman yng berasaskan sayur-sayuran di kuil di Hari Wesak. Tidak ada makanan tertentu yang disyaratkan untuk boleh dimakan atau tidak pada perayaan Hari Wesak, tetapi penganut-penganut Buddha hanya percaya bahawa mereka tidak harus memakan apa-apa sajian yang berasaskan daging di hari sambutan. Perbuatan ini juga secara tidak langsung selari dengan prinsip untuk menahan diri seseorang daripada melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan pembunuhan.

Tradisi Sambutan Cuti Hari Wesak

Bagi Wesak Day 2019 Malaysia, banyak kuil-kuil di seluruh negeri di negara ini akan mengadakan aktiviti-aktiviti amal istimewa dan khidmat sukarelawan, seperti memberi makan kepada warga gelandangan, membuat kutipan wang derma untuk sumbangan bagi mereka yang memerlukan dan pelbagai lagi perbuatan=perbuatan yang baik akan dijalankan. Pada hari perayaaan, sami-sami Buddha yang berpakaian berwarna cerah akan membacakan sutra-sutra mereka (ayat kitab suci Buddha) bersama-sama dan burung merpati akan dilepaskan sebagai tanda kebaikan hati budi.

Para penganut dan pengikut agama juga akan turut serta dalam sesi doa serta menawarkan bunga dan lilin bersempena perayaan Hari Wesak. Bunga dan lilin pada Hari Wesak adalah antara perkara penting yang perlu disertakan untuk festival ini bagi mengingatkan kepada semua pengikut agama Buddha bahawa segala-galanya di dunia ini bersifat sementara, dan kehidupan juga boleh mengalami kerosakan dan kemusnahan. Serupa seperti bagaimana bunga yang akhirnya akan menjadi layu dan lilin yang dibakar sendiri oleh api.

Tempat Untuk Dilawati

Sekiranya pelancong memilih untuk mengembara di Malaysia bagi cuti Hari Wesak negeri dan ingin mengalami sendiri suasana meriah sambutan ini, terdapat beberapa tempat menarik untuk mereka kunjungi:

Brickfields, Kuala Lumpur

Brickfields yang terletak di ibu kota Malaysia adalah tempat yang sangat disyorkan untuk dilawati oleh pelancong-pelancong yang ingin mengala detik-detik Hari Wesak yang menarik dan meriah pada tahun 2019. Kuil Maha Vihara Buddha yang terkenal yang terletak di luar pusat bandar menawarkan sesi perarakan di tepi jalan-jalan raya dimana para pelawat akan dapat mengambil bahagian bagi bersama- sama merayakan festival ini. Bermula seawal pukul 7 malam, perarakan akan menuju ke pelbagai kawasan di Kuala Lumpur, termasuklah ke Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang.

Kuantan, Pahang

Pelancong perlu melawati bandar Kuantan di negeri Pahang untuk mendapatkan pengalaman paling menarik semasa Wesak 2019, terutamanya bagi mereka yang ingin melihat seni bina menarik Kuil Buddha Wan Fo Tien. Patung Buddha yang ketinggiannya mencecah 5.5-meter ini terletak di atas sebuah altar dan terdapat beribu-ribu jubin yang menghiasi dinding kuil dengan butiran-butiran Buddha yang unik. Pada Hari Wesak, kuil tersebut akan mengadakan upacara-upacara khas dan para sami-sami Buddha juga akan membacakan mantera.

Kuching, Sarawak

Sekiranya anda meminati pengalaman melawati bangunan dan tapak-tapak bersejarah, mengembara ke Kuching di Sarawak semestinya adalah idea yang terbaik semasa Hari Wesak 2019. Di sini, pelancong boleh melawati salah satu kuil tertua di Malaysia yang dikenali sebagai Kuil Buddha Poh Ka. Semasa hari perayaan, pengembara akan dapat mengambil bahagian dalam acara-acara khas yang ditawarkan di kuil berkenaan. Antara aktiviti-aktivit tersebut termasuklah sesi bacaan doa dan pemberian derma.

Tempah Tiket Bersama Easybook

Easybook membolehkan pelancong tempatan dan antarabangsa membuat tempahan dalam talian untuk perkhidmatan pengangkutan yang mereka perlukan dengan mudah, ini termasuklah bagi tiket kereta api, feri dan bas tanpa harus melalui proses yang rumit.

Nantikan tawaran-tawaran harga perjalana yang amat berbaloi di laman web rasmi Easybook dan ikuti halaman media sosial kami untuk maklumat terkini.. Mulakan perancangan percutian anda dengan menempah perjalanan bersama kami ke destinasi-destinasi popular di Malaysia untuk cuti Wesak 2019!

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.