Loading...

Cuti Persekolahan

Cuti Persekolahan Malaysia

Manfaatkan musim cuti sekolah dengan mengetahui lebih lanjut mengenai tarikh cuti sekolah yang akan datang. Nikmati percutian yang menarik di Malaysia semasa musim cuti akhir tahun persekolahan dan mulakan pengembaraan bandar yang menyeronokkan serta terokai pelbagai pemandangan yang menakjubkan.

Diasaskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kalendar cuti sekolah Malaysia menyediakan tarikh rasmi cuti persekolahan pada setiap tahun di mana tarikh yang dikeluarkan diikuti oleh setiap sekolah di seluruh negara dan tarikh cuti sekolah akan diumumkan sebelum permulaan tahun baru pada penghujung tahun semasa.

Kalendar cuti sekolah dibahagi kepada 2 iaitu cuti persekolahan penggal 1 dan cuti persekolahan penggal 2. Sila ambil perhatian bahawa tarikh cuti sekolah adalah berbeza mengikut setiap negeri di mana sistem cuti persekolahan Malaysia dibahagi kepada dua kumpulan berbeza iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Kumpulan – kumpulan ini ditubuhkan berikutan beberapa negeri yang memperuntukkan hari hujung minggu yang berbeza daripada negeri – negeri lain. Kumpulan A merujuk kepada negeri – negeri yang memperuntukkan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari hujung minggu termasuk negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. Sebaliknya, Kumpulan B merujuk kepada negeri – negeri yang memperuntukkan hari Sabtu dan Ahad sebagai hari hujung minggu dan tertakluk kepada seluruh negeri serta wilayah lain yang telah dikecualikan daripada negeri dalam Kumpulan A (Kuala Lumpur, Labuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak).

Musim cuti sekolah merupakan masa paling istimewa setiap tahun untuk percutian - percutian yang menarik bersama ahli keluarga di pelbagai destinasi pelancongan yang popular. Rancang percutian semasa musim cuti sekolah sekarang dengan melayari Easybook untuk menempah tiket perjalanan secara mudah!

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.