Loading...

Vietnam National Railway

Melancong dengan Vietnam National Railway

Kereta api merupakan salah satu bentuk pengangkutan utama yang digunakan oleh penduduk tempatan di Vietnam setiap hari. Vietnam National Railway (VNR) atau dikenali sebagai Duong Sat Viet Nam menyediakan pelbagai perjalanan ke bandar-bandar di seluruh negara. Sejak sistem e-tiket Vietnam National Railway dilancarkan pada tahun 2014, ia telah memudahkan pelancong untuk menempah tiket kereta api Vietnam lebih awal, dan kini ia juga boleh ditempah di Easybook!

Melancong dengan kereta api di Vietnam merupakan salah satu cara paling selamat, selesa dan murah untuk bergerak di sekitar negara yang menakjubkan ini. Ia juga memberikan pengalaman Asia yang unik kerana penumpang berpeluang berinteraksi dengan penduduk tempatan. Untuk menjadikan perjalanan lebih mudah tanpa kesulitan, Vietnam National Railway membantu penumpang mengelakkan proses check-in, pengambilan beg dan banyak lagi.

Lawatilah negara Asia Tenggara yang indah ini, terkenal dengan pagoda Buddha, gaya hidup bandar, pantai yang cantik dan makanan yang hebat. Tempah tiket kereta api Vietnam secara dalam talian melalui Easybook dalam beberapa minit pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Perjalanan bersama Vietnam National Railway

Rebut peluang untuk melawat pelbagai tempat yang terdapat pada peta laluan kereta api Vietnam ketika melancong ke negara hebat ini. Vietnam National Railway menawarkan perjalanan seperti berikut:

  • Laluan Selatan: Hanoi > Hue > Danang > Nha Trang > Ho Chi Minh City (Saigon)

  • Laluan Utara: Ho Chi Minh City (Saigon) > Nha Trang > Danang > Hue > Hanoi

Sama ada anda ingin melawat kuil Po Nagar di Nha Trang yang terletak di kawasan bukit atau pejabat pos ikonik Saigon Central Post Office di Ho Chi Minh City, kami ingin membantu memulakan perjalanan anda. Vietnam National Railway menawarkan kereta api mewah hinggalah ke kereta api tidur kelas pertama yang semunya berhawa dingin dengan tempat tidur dan tempat duduk yang selesa. Banyak ulasan positif juga boleh didapati tentang syarikat kereta api Vietnam ini.

Kelebihan melancong dengan Vietnam National Railway

  • Tidak seperti kapal terbang, kereta api membenarkan penumpang membawa bagasi besar dan berat tanpa had saiz.
  • Boleh meluangkan masa membaca buku atau menonton rancangan kegemaran ketika menaiki kereta api Vietnam.
  • Menjimatkan kos perjalanan tanpa perlu membayar minyak, tol atau penyelenggaraan kenderaan.
  • Penumpang boleh berjalan dan meregangkan kaki di sepanjang ruang laluan apabila berasa penat.
  • Sesuai untuk semua peringkat umur, membolehkan seisi keluarga melancong dengan kereta api di Vietnam.
  • Tiada kesesakan lalu lintas ketika menaiki kereta api Vietnam National Railway.
  • Kereta api tidur dapat menjimatkan kos hotel untuk perjalanan jarak jauh.
  • Menikmati pemandangan bandar-bandar yang berbeza sepanjang perjalanan mewah ke destinasi.

Tempah tiket Vietnam National Railway di Easybook

Pilih lokasi berlepas dan destinasi untuk menaiki Vietnam National Railway, kemudian pilih tarikh perjalanan bagi melihat jadual penuh untuk hari tersebut. Klik waktu pilihan, pilih tempat duduk, isi maklumat penumpang dan buat pembayaran dalam talian dengan selamat untuk perkhidmatan kereta api Vietnam ini.

Sebagai laman web tempahan pengangkutan darat dan laut terbesar di Asia Tenggara, proses mendapatkan tiket kereta api boleh dilakukan dalam masa kurang daripada 5 minit. Pelancong juga boleh rujuk panduan cara menggunakan Easybook yang telah kami sediakan.

Pastikan anda menyemak laman web dan halaman media sosial kami dari semasa ke semasa untuk mendapatkan promosi hebat bagi perjalanan seterusnya ke Vietnam. Easybook berharap dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan anda bersama Vietnam National Railway!

Office Location

Location Address Tel Fax
01 Nguy?n Thông, Phu?ng 9, Qu?n 3, TP.HCM 098 854 7779
* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.