Loading...

Train Stations

Stesen Kereta Api Kodiang (KTM)

Stesen Kereta Api Kodiang (KTM) – Panduan Perjalanan, Cara Ke Sana, Kemudahan & Laluan Tren Popular

Terletak di bahagian utara negeri Kedah, Kodiang merupakan sebuah pekan kecil yang dikelilingi komuniti pertanian dan pemandangan sawah padi yang menghijau serta panorama bukit-bukau yang menenangkan. Suasana damai dan persekitaran desa menjadikan Kodiang destinasi ideal bagi mereka yang mencari ketenangan jauh dari kesibukan bandar.

Terhubung di sepanjang Laluan Utara-Selatan KTMB, Stesen Kereta Api Kodiang (Stesen Keretapi Kodiang) merupakan stesen kereta api paling utara di Kedah, terletak di antara Stesen Kereta Api Arau di bahagian utara dan Stesen Kereta Api Anak Bukit di bahagian selatan. Stesen ini beroperasi sepenuhnya bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor utara.

Cara untuk ke Stesen Kereta Api Kodiang

Akses ke Stesen Kereta Api Kodiang boleh dilakukan melalui beberapa pilihan pengangkutan. Cara paling mudah dan menjimatkan ialah dengan menaiki KTM Komuter dari mana-mana stesen di laluan utara yang menawarkan hentian di Kodiang. Perjalanan tren dari Butterworth mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit untuk tiba di stesen Kodiang.

Tambang tren berbeza mengikut lokasi pelepasan. Pilihan pengangkutan lain termasuk teksi atau perkhidmatan e-hailing untuk bergerak di sekitar pekan kerana kemudahan pengangkutan awam di Kodiang agak terhad.

Operator Tren Popular

Perkhidmatan tren di Stesen Kereta Api Kodiang dikendalikan sepenuhnya oleh KTM Berhad yang menyediakan jadual tren harian untuk kemudahan penumpang.

Laluan Tren Popular

Laluan tren yang beroperasi dari Stesen Kereta Api Kodiang di Kedah:

Kemudahan di Stesen Kereta Api Kodiang

Stesen Kereta Api Kodiang menyediakan kemudahan asas untuk keselesaan penumpang termasuk kaunter tiket serta paparan maklumat digital untuk menyemak jadual ketibaan dan pelepasan tren.

Stesen ini turut menyediakan ruang menunggu berbumbung dengan tempat duduk, surau dan tandas untuk kegunaan awam.

Top features:

Kesimpulan

Dengan operasi harian KTM Komuter, Stesen Kereta Api Kodiang menghubungkan laluan antara Butterworth dan Padang Besar merentasi tiga negeri utama di utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Menerusi stesen ini, akses ke pekan Kodiang menjadi lebih mudah dengan tiket tren pada harga berpatutan. Easybook menyediakan platform tempahan tiket tren dalam talian yang ringkas dan pantas. Tempah tiket tren anda sekarang di Easybook untuk perjalanan tanpa kerumitan.

Kodiang Railway Station Contact Details

Kampung Bachang Manis, 06100 Ayer Hitam, Kedah
Not available

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.