Loading...

Train Stations

About Sungai Siput Railway Station

Stesen Keretapi Sungai Siput - Informasi, Jadual Keretapi, Laluan Keretapi, Panduan & Tempahan Tiket Keretapi Online

Terletak di negeri Perak, Stesen Keretapi Sungai Siput berada kira-kira 25 km dari bandar utama negeri, Ipoh. Bandar Sungai Siput tidak jauh dari kawasan air terjun dan landskap hutan yang indah, sesuai untuk diterokai oleh para pengunjung. Semasa berada di Sungai Siput, pengunjung boleh melawat destinasi menarik berhampiran seperti Air Terjun Penyel yang terletak di kawasan hutan Sungai Siput.

Seperti kebanyakan stesen keretapi lain di Perak, Stesen Keretapi Sungai Siput telah dibina semula untuk projek elektrifikasi dan kini menyediakan perkhidmatan Electric Train Service (ETS) antara Stesen Keretapi Tasek dan Stesen Keretapi Kuala Kangsar. Bangunan stesen lama telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek tersebut.

Dari Stesen Keretapi Sungai Siput, para penumpang boleh menaiki kereta api untuk ke destinasi popular seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan juga sempadan Padang Besar. Dengan perkhidmatan kereta api ETS yang bergerak laju dan menepati masa, perjalanan kini lebih selesa tanpa gangguan kesesakan jalan raya.

Cara ke Stesen Keretapi Sungai Siput

Menaiki ETS adalah cara yang terpantas dan menjimatkan untuk ke Stesen Keretapi Sungai Siput. Penumpang boleh menaiki ETS dari KL Sentral atau mana-mana stesen lain yang menyediakan perkhidmatan tersebut. Perjalanan dari KL ke Sungai Siput mengambil masa lebih kurang 3 jam 20 minit.

Kaedah pengangkutan lain untuk ke stesen termasuk perkhidmatan teksi dan kenderaan perkongsian. Bagi penumpang yang turun di Kong Ngai Bus Express (transit bas), perjalanan ke stesen KTM hanya mengambil masa lebih kurang 3 minit berjalan kaki.

Operator Kereta Api Popular di Stesen Keretapi Sungai Siput

Setakat ini, hanya satu jenis perkhidmatan kereta api KTM Berhad yang beroperasi di Stesen Keretapi Sungai Siput, iaitu ETS berkelajuan tinggi. Perkhidmatan ini diselenggara dengan baik dan menghubungkan pelbagai destinasi di seluruh negara.

Dengan menaiki ETS, penumpang dapat menikmati perjalanan yang pantas dan selesa ke destinasi pilihan. Dengan jadual perjalanan yang teratur oleh KTM Berhad, perkhidmatan di stesen ini berjalan lancar dan efisien.

Laluan Kereta Api Popular

Laluan popular dari Stesen Keretapi Sungai Siput di Perak:

Kemudahan di Stesen Keretapi Sungai Siput

Stesen Keretapi Sungai Siput dilengkapi dengan kemudahan asas serta kemudahan mesra OKU untuk kegunaan umum. Antara kemudahan yang disediakan termasuk surau, tandas awam dan kaunter tiket. Bagi yang memandu, tempat letak kenderaan turut tersedia di kawasan stesen.

Top features:

Kesimpulan

Stesen Keretapi Sungai Siput menyediakan perjalanan yang mudah dengan pilihan laluan yang luas dan jadual yang kerap setiap hari. Perjalanan kini lebih fleksibel dan selesa untuk ke destinasi kegemaran anda.

Easybook sentiasa memudahkan perancangan perjalanan anda dengan menawarkan sistem tempahan tiket dalam talian yang mudah dan pantas. Elakkan kesesakan jalan raya dan mula menempah tiket kereta api anda melalui laman web kami hari ini!

Sungai Siput Railway Station Contact Details

Stesen Keretapi Sungai Siput, 31100 Sungai Siput Utara, Perak, Malaysia
Not Available

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.