Loading...
× Tiket Bas Diskaun Sehingga 52% Untuk Pengguna Baru! Maklumat Lanjut

Miri, Sarawak, Malaysia to Kuching, Sarawak, Malaysia Jadual bas dan tambang

Miri, Sarawak, Malaysia to Kuching, Sarawak, Malaysia Trip Information
Distance:
794 KM
Average Travelling Time:
14h58m
Total Operator Brands:
3
Total Trips:
197

Panduan Melancong dengan Bas dari Miri ke Kuching

Bas dari Miri ke Kuching

Miri merupakan sebuah bandar yang kaya dengan hasil petroleum dan gas serta turut menjadi kawasan tumpuan pelancong. Salah satu tempat ekopelancongan yang terkenal dan perlu dilawati ialah Gua Niah. Sejarah mencatatkan bahawa populasi manusia di Gua Niah bermula seawal 35,000 SM. Baru-baru ini, beberapa kampus pendidikan telah didirikan di sini, menyediakan pendidikan dan latihan teknikal bagi keperluan industri di Miri. Antara universiti dan kolej yang terdapat di sini adalah Curtin University Sarawak, University of Chester, Open University Malaysia, IBS College Miri, Cahaya Educational & Training Academy Sdn Bhd, Community College Miri, Institut Latihan Perindustrian Miri, dan sebagainya.

Walaupun Miri merupakan penyumbang utama pembangunan di Sarawak, ibu negeri Sarawak masih terletak di Kuching. Kuching ditubuhkan sejak tahun 1827 oleh Sultan Brunei dan diperintah oleh James Brooke yang menandakan permulaan Kuching sebagai Pusat Pentadbiran yang penting. Kuching yang juga terkenal sebagai Bandar Kucing telah berubah dan berkembang menjadi sebuah bandar moden yang pesat.

Pengangkutan utama dari Miri ke Kuching adalah dengan kapal terbang atau bas. Untuk penjimatan kos dan percutian bajet, terutamanya untuk pelancong atau pelajar, perkhidmatan bas akan menjadi pilihan pertama. Terdapat 3 syarikat bas ekspres utama yang menyediakan kira-kira 10 perjalanan sehari dari Miri ke Kuching seperti Biaramas, Asia Star Express atau Bintang Jaya Express. Jadual perjalanan bas bermula seawal 6.30 pagi hingga 10.00 malam.

Rancang jadual perjalanan anda lebih awal supaya anda dapat memilih tempat duduk yang terbaik dengan tempahan tiket dalam talian di www.easybook.com untuk tiket bas dari Miri ke Kuching atau tiket pulang. Ini adalah cara terbaik untuk membeli tiket agar dapat mengelakkan daripada beratur panjang terutamanya semasa musim perayaan. Anda juga dapat mengelakkan kekecewaan "Tiada tiket" yang boleh merosakkan keseluruhan rancangan perjalanan anda. Easybook.com menawarkan tawaran istimewa untuk tempahan tiket bas dengan hotel atau pakej pelancongan. Easybook.com kini merupakan laman web bas ekspres terintegrasi terbesar di Malaysia dengan kadar reputasi yang baik dari pelanggan.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.