Loading...
× Tiket Bas Diskaun Sehingga 52% Untuk Pengguna Baru! Maklumat Lanjut

Perkhidmatan Feri Aina Holidays

Aina Holidays merupakam operator feri  dari Kuala Besut, Terengganu yang membawa penumpang ke Pulau Perhentian. Antara perkhidmatan yang disediakan termasu perkhidmatan bot, kereta sewa dan juga pakej pulau termasuk snorkelling atau memancing. Aina holidays pakar dalam menguruskan Perjalanan di Perhentian, dengan memberikan tips mengenai pulau dengan perjalanan yang tepat untuk pelanggan mereka.

Aina Holidays menawarkan pelbagai promosi berpatutan yang akan membantu pengembara yang mengembara dengan bajet yang terhad untuk menikmati percutian mereka. Syarikat memastikan perkhidmatan feri yang pada harga yang berpatutan yang boleh didapati melalui tempahan dalam talian. 

Kemudahan Aina holidays

Aina Holidays menawarkan perkhidmatan feri dengan tempat duduk yang selesa dan sistem penghawa dingin untuk memastikan penumpang berasa tenang dalam perjalanan. Selain itu, langkah-langkah keselamatan dijaga untuk setiap perkhidmatan bot dengan menyediakan jaket keselamatan sebagai persediaan jika berlakunya kecemasan. 

Laluan Feri Popular dan Jadual

Terdapat dua jenis perkhidmatan bot yang disediakan oleh Aina holidays. Yang pertama ialah perjalanan bot dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian, manakala yang kedua ialah perjalanan dua hala dari Jeti kuala Besut ke Pulau Perhentian dan kembali ke Jeti kuala Besut. Penumpang bebas untuk memilih perjalanan yang mereka mahukan. Perjalanan akan mengambil masa selama 30 minit untuk tiba ke destinasi. Akhir sekali harga tiket feri berbeza mengikut pakej yang dipilih. 


* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.