Loading...
× Tiket Bas Diskaun Sehingga 52% Untuk Pengguna Baru! Maklumat Lanjut

Al Ameen Boat Services

Al Ameen Boat Service merupakan pengendali feri di Kuala Terengganu yang terkenal dengan servis pengangkutan air menghubungkan penduduk tempatan dan pelancong dari Terengganu ke pulau-pulau berdekatan. Antara laluan pulau yang dioperasikan oleh Al Ameen Boat Service ialah Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah. Tiket feri Al Ameen Boat Service kini boleh ditempah dengan mudah melalui Easybook!

Terengganu dihiasi dengan pelbagai pemandangan indah dan semula jadi. Ciri-ciri ini telah menggambarkan Terengganu sebagai salah satu destinasi percutian popular di Malaysia. Tempat berlepas feri terletak di Jeti Merang di Setiu, Kuala Terengganu di mana para pelancong boleh menaiki feri Al Ameen Boat Service untuk pergi ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah. Perjalanan feri ini mengambil masa kira-kira 45 minit dari Jeti Merang.

Jadual & Laluan Feri Al Ameen

Harga tiket feri dari Jeti Merang ke Pulau Redang ditawarkan dengan harga yang berpatutan bagi dewasa dan kanak-kanak. Perlepasan feri paling awal dijadualkan pada pukul 8:00 PM manakala feri terakhir ke Pulau Redang adalah pukul 3:00 petang. Perjalanan pulang (dari Pulau Redang ke Jeti Merang) bermula pada jam 9:00 pagi.

Pulau Redang merupakan salah satu pulau yang dipelihara di pesisir pantai timur Malaysia di Terengganu. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di pulau Terengganu seperti aktiviti menyelam, snorkeling, berperahu, berkayak serta penerokaan hutan. Pantai-pantai di Terengganu amat terkenal dengan air yang jernih dan ia kekal terpelihara sebagai salah satu taman marin Malaysia. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Pulau Redang menawarkan pelbagai resort untuk pelancong bermalam di pulau dan merasai keseronokan yang lebih menyeluruh dengan melakukan segala aktiviti pantai yang ditawarkan.

Perjalanan feri bergantung pada keadaan cuaca dan laut. Pelancong boleh layari laman web Easybook untuk menempah tiket feri online dengan mudah. Jadual feri dan maklumat lain juga boleh dirujuk di laman web yang sama. Kami berharap untuk terus melayani perjalanan percutian anda kali ini dan akan datang!

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.