Loading...
× Jimat RM2 Caj Terminal bagi tempahan tiket di Easybook.com! Maklumat Lanjut

Alibaba Pulau Ketam Feri

Alibaba Pulau Ketam Cruises Services Sdn Bhd merupakan salah satu pengendali pengangkutan laut di Malaysia. Syarikat ini terletak di Pulau Ketam, Pelabuhan Klang Selatan di negeri Selangor. Terdapat dua perkampungan nelayan Cina dibangunkan di Pulau Ketam sejak tahun 1880-an dan hingga kini, ia menjadi satu tarikan utama oleh ramai di Pulau Ketam. Harga tiket feri Pulau Ketam oleh Alibaba Pulau Ketam Cruises kini boleh dirujuk di Easybook dengan mudah.

Pulau Ketam adalah kampung utama di belah selatan Pelabuhan Klang, manakala di bahagian timur laut, ia dinamakan sebagai Sungai Lima. Paya bakau juga meliputi di kawasan pulau ini dan terdapat beberapa rumah didiami oleh masyarakat Orang Asli. Apabila melawati Pulau Ketam dengan feri, pelawat dapat berjumpa dengan penduduk Cina tempatan berdialek Teochew dan Hokkien. Teruskan membaca untuk mengetahui cara mudah pergi ke Pulau Ketam.

Berikut adalah perjalanan yang disediakan oleh syarikat feri Pulau Ketam:

  • Pelabuhan Klang (Terminal Penumpang Pelabuhan Klang Selatan) - Jeti Pulau Ketam

    Feri ke Jeti Pulau Ketam dijadualkan untuk berlepas setiap jam bermula dari pukul 8:30 pagi. Waktu terakhir feri pula ditetapkan pada jam 6:30 petang dari Pelabuhan Klang. Bagi Alibaba Pulau Ketam Cruises yang berlepas dari Jeti Pulau Ketam, jadual feri bermula seawal 7:30 pagi untuk perjalanan ke Pelabuhan Klang manakala perjalanan terakhir pada pukul 5:30 petang.

  • Pelabuhan Klang (Terminal Penumpang Pelabuhan Klang Selatan) - Jeti Sungai Lima

    Untuk laluan ini, terdapat dua perjalanan dari kedua-dua jeti setiap hari. Dari Pelabuhan Klang, feri berlepas bermula jam 10:30 pagi hingga 6:30 petang, sementara perjalanan dari Jeti Sungai Lima dijadualkan pada pukul 1:30 petang dan 4:30 petang.

Setiap perjalanan feri ini akan merentasi hutan paya bakau dan ia mengambil masa kira-kira 35 minit untuk tiba di jeti pulau. Tetapi perjalanan tersebut bergantung pada keadaan cuaca dan laut. Semua tiket feri Alibaba Pulau Ketam Cruises boleh didapati dengan harga yang berpatutan untuk memberi penumpang dari kalangan dewasa dan kanak-kanak dapat nikmati pengalaman menaiki feri. Ambil cuti satu hari untuk meluangkan masa bersama keluarga di Pulau Ketam dan untuk melarikan diri dari kehidupan bandar yang sibuk. Jika ingin bermalam di Pulau Ketam, anda boleh tempah hotel berdekatan untuk terokai pulau ini dengan lebih lanjut. Setiap feri Alibaba Pulau Ketam Cruises boleh menampung lebih daripada 100 penumpang. Keselamatan dan keselesaan penumpang menjadi keutamaan bagi operator feri ini. Penumpang juga dapat menikmati angin dan matahari yang indah sepanjang perjalanan feri. Pelancong akan berada dalam keadaan yang selamat kerana syarikat feri Pulau Ketam mempunyai sistem pengawasan marin berkualiti yang telah disahkan oleh Jabatan Laut Malaysia.

Tiket feri ke Pulau Ketam dan Sungai Lima dari Pelabuhan Klang boleh ditempah di laman web Easybook atau aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun secara percuma. Dengan hanya mengikuti panduan tempahan mudah, anda dapat membeli tiket feri online dengan cepat. Anda juga boleh semak jadual feri yang sesuai dengan rancangan perjalanan anda di laman web yang sama. Kami berharap untuk melengkapkan perjalanan feri anda bersama Alibaba Pulau Ketam Cruises ke Pulau Ketam bila-bila masa sahaja.

Office Location

Location Address Tel Fax
7A, Jalan Tapah, Off Jalan Goh Hock Huat, Klang, 41400 Selangor 126968092
* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.