Loading...
× Tiket Bas Diskaun Sehingga 52% Untuk Pengguna Baru! Maklumat Lanjut

Blue Water Express Ferry

Pulau Tioman dikenali oleh ramai sebagai salah satu destinasi pelancongan popular Malaysia yang terletak di negeri Pahang. Cara paling murah dan mudah untuk pergi ke pulau kecil ini adalah dengan menempah tiket feri Blue Water Ekspres. Di Easybook, terdapat beberapa pengendali feri dan tiket online boleh didapati dengan mudah. Operator feri tersebut termasuk Blue Water Ekspres. Pelancong boleh menempah tiket feri Blue Water Ekspres melalui Easybook untuk merasai pengalaman menaiki feri dari Mersing ke Tioman.

Jadual, Laluan dan Harga Tiket Blue Water Ekspres Feri

Blue Water Ekspres mengkhususkan servis mereka dalam industri pengangkutan feri berkelajuan tinggi di mana perjalanan untuk sampai ke Pulau Tioman hanya mengambil masa 1.5 hingga 2 jam. Sebagai pengendali feri utama untuk perjalanan ke Pulau Tioman, Blue Water Ekspres amat mementingkan tentang keselamatan, profesionalisme dan kepuasan penumpang yang menggunakan perkhidmatan feri mereka. Feri ini beroperasi di laluan Tioman dengan pantas dan cekap dan ia juga lengkap dengan sistem penghawa dingin untuk memberi keselesaan bagi setiap penumpang.

Memandangkan Blue Water Ekspres dianggap sebagai salah satu perkhidmatan pengangkutan yang dipercayai dengan menawarkan harga tiket feri berpatutan, kadar harga tambang feri untuk perjalanan sehala ditetapkan pada harga RM40.25 untuk dewasa dan RM34.50 untuk kanak-kanak. Feri yang berlepas dari Jeti Mersing di Johor berfungsi sebagai tempat berlepas utama ke Pulau Tioman di Pahang. Waktu terawal feri bermula jam 6:30 pagi dan feri terakhir yang meninggalkan jeti ini dijadualkan pada pukul 5:00 petang. Jadual feri bergantung pada keadaan laut dan cuaca. Perlu diambil perhatian bahawa terdapat beberapa perhentian jeti lain seperti Kampung Genting, Kampung Paya, Tekek, Kampung Air Batang dan Kampung Salang. Tiada kaunter tiket terletak di pulau, jadi anda perlu menempah tiket feri untuk perjalanan tiket pergi dan balik Mersing – Tioman – Mersing terlebih dahulu.

Jika anda tidak pasti bagaimana untuk pergi ke Jeti Mersing, anda boleh menaiki bas atau memandu sendiri kereta kerana terdapat tempat letak kereta awam di jeti tersebut. Selain daripada menyediakan servis feri, Blue Water Ekspres juga menyediakan servis penempahan tempat tinggal di Resort Berjaya Tioman untuk memudahkan rancangan pelancong agar mereka dapat menikmati penginapan yang selesa dan menyenangkan di Pulau Tioman.

Tarikan Utama di Pulau Tioman

Pulau Tioman diklasifikasikan sebagai tempat yang terkenal bagi pelancong untuk menerokai alam semula jadi, air laut jernih dan pemandangan bawah laut yang indah. Kedudukan pulau di bahagian timur ini sangat strategik kerana banyak aktiviti sukan boleh dilakukan seperti selam skuba, snorkeling, berperahu, meluncur air, luncur angin, berkayak dan memancing. Anda juga boleh menikmati keindahan laut dengan menaiki perahu untuk mengelilingi pulau.

Pulau Tioman ialah pulau terbesar di pantai timur Semenanjung Malaysia. Terdapat beberapa kampung terletak di pulau ini termasuk Kampung Genting, Kampung Paya, Tekek, Kampung Air Batang dan Kampung Salang. Tekek merupakan kampung utama di Pulau Tioman kerana pelbagai infrastruktur dan kemudahan utama boleh didapati dengan mudah di sini. Antaranya ialah bank, lapangan terbang, kedai bebas cukai, marina dan jeti utama.

Terdapat banyak penginapan yang anda boleh dapati di Pulau Tioman. Jika anda mencari penginapan mewah, anda boleh tinggal di resort 5 bintang seperti Berjaya Tioman Resort, Japamala Resort atau Bagus Place Retreat. Jika anda terikat dengan bajet, anda boleh tuju ke Salang dan Air Batang kerana terdapat beberapa chalet yang ditawarkan dalam harga berpatutan.

Tips Perjalanan ke Tioman

Pelancong perlu diingatkan bahawa terdapat musim perjalanan yang sesuai untuk pergi ke Pulau Tioman. Masa yang terbaik untuk melawat Tioman adalah pada pertengahan tahun sekitar April hingga Julai kerana cuaca diramalkan baik. Banyak resort dan aktiviti air akan ditutup pada waktu monsun timur laut padan akhir bulan Oktober dan Awal bulan Mac. Anda akan dapati perubahan jadual feri ketika musim ini. Pastikan anda merancang percutian awal untuk melawat Pulau Tioman terutamanya semasa musim puncak.

ATM boleh didapati di Kampung Tekek dan Jeti Mersing. Anda dinasihatkan untuk membawa tunai yang cukup untuk perjalanan anda ke Tioman. Tetapi jangan bimbang kerana kini kebanyakan pusat aktiviti air menerima penggunaan kad kredit. Jika anda ingin mendapatkan lesen menyelam, pastikan anda membuat pengaturan awal untuk mengelakkan kesulitan yang tidak dijangka.

Jadikan Pulau Tioman sebagai destinasi percutian anda untuk menikmati angin laut, pantai yang cantik dan aktiviti menarik lain. Sila semak jadual feri Tioman Blue Water Ekspres di Easybook atau muat turun aplikasi mudah alih untuk menempah perjalanan feri anda dengan mudah. Anda boleh membuat pembelian tiket feri online di laman web Easybook dengan mengikuti beberapa langkah mudah sahaja. Kami berharap dapat melayani perjalanan anda ke Pulau Tioman dan percutian anda yang akan datang!

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.