Loading...
× Tiket Bas Diskaun Sehingga 52% Untuk Pengguna Baru! Maklumat Lanjut

Kukup Ferry Services

Tentang Feri Kukup

Memandangkan Johor terletak di bahagian paling selatan di Semenanjung Malaysia, ini menjadikan kedudukannya mudah untuk penyambungan laluan feri ke Indonesia. Dengan pengendali feri seperti Feri Kukup, ia menyediakan servis pengangkutan air antara dua negara ini setiap hari. Easybook ingin menjadikan perjalanan ini lebih mudah untuk para pelancong dengan hanya menempah tiket feri online. Anda tidak perlu lagi meninggalkan rumah untuk membeli tiket feri di kaunter kerana bersama Easybook, jadual feri dan tiket feri dapat dibeli dalam jangka masa yang cepat. Apa yang anda perlukan adalah sambungan internet yang stabil dan pembelian tiket feri online anda dalam dilaksanakan dengan mengikuti panduan mudah.

Feri Kukup ialah sebuah syarikat feri di Kukup, iaitu sebuah perkampungan nelayan yang terkenal dengan restoran makanan laut. Ia adalah sebuah bandar yang tenang, sesuai untuk pelancong yang ingin menghindari kehidupan bandar yang sibuk. Di sini juga anda boleh teroka Taman Negara Pulau Kukup atau melawat ke Taman Negara Tanjung Piai untuk melihat pelbagai jenis burung tinggal di habitat mereka sendiri. Tempat ini memberi peluang yang baik untuk anda merasai bagaimana penduduk tempatan menjalani kehidupan seharian mereka dan pelajari budaya mereka dengan lebih mendalam.

Operator feri ini yang juga dikenali sebagai Penaga Timur (M) Sdn Bhd menyediakan servis feri yang selesa dan selamat untuk perjalanan antara Johor dan Indonesia. Dengan Kapal Feri Kukup, anda boleh memilih untuk memulakan perjalanan anda dari Terminal Feri Tanjung Balau Karimun, Indonesia ke Terminal Feri Kukup, Johor serta perjalanan balik. Anda boleh semak jadual feri dan harga tiket feri untuk laluan tersebut di Easybook.

Terminal Feri Kukup ini juga merupakan Terminal Feri Antarabangsa Kukup di mana tempat perlepasan dan ketibaan feri dipusatkan di sini. Terminal feri ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti restoran dan kedai kopi yang terletak sepanjang Jalan Pontian – Kukup yang menghala ke Terminal Feri Kukup.

Apabila anda pergi ke atau dari Terminal Feri Tanjung Balai Karimun, sila ambil perhatian untuk tidak keliru dengan Tanjung Balai di Kabaputen Asahan. Tanjung Balai Karimun adalah sebuah bandar di Karimun Besar di Kepulauan Riau di mana terdapat banyak restoran menarik terletak di sekitar kawasan tersebut. Terdapat juga tempat penginapan terletak berhampiran jika anda merancang untuk berada lebih dekat dengan terminal feri.

Tempat tiket feri anda dengan Feri Kukup untuk perjalanan anda ke Indonesia atau Johor dengan mudah bersama Easybook hari ini. Sama ada anda menuju ke Tanjung Balai Kerimun untuk bercuti bersama keluarga anda atau untuk menyambut hari lahir anda di Pulau Kukup bersama rakan-rakan anda, Easybook bersedia untuk menjadikan proses penempahan tiket feri anda lebih mudah. Di lama web Easybook, anda boleh menyemak jadual feri serta maklumat penting lain seperti waktu berlepas dan harga tiket feri. Dengan servis tiket feri online di Easybook, kami berharap dapat terus melayani perjalanan percutian anda!

Office Location

Location Address Tel Fax
Terminal Feri Antarabangsa Kukup, Jalan Kukup Laut 82300, Pontian, Johor 07-6960666
* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.