Loading...
× Tiket Bas Diskaun Sehingga 52% Untuk Pengguna Baru! Maklumat Lanjut

Limbongan Maju Ferry

Limbongan Maju ialah syarikat feri yang popular di Malaysia kerana ia merupakan pengendali perkhidmatan feri utama untuk laluan antara Terminal Feri Tanjung Belungkor di Desaru, Johor Bahru dan Terminal Feri Changi di Singapura. Syarikat ini telah dilantik oleh Lembaga Pelabuhan Johor sebagai operator feri eksklusif yang mengendalikan laluan jarak derak untuk laluan feri di selatan Semenanjung Malaysia sejak tahun 2012. Jika anda bercadang untuk melancong ke Singapura dan Johor Bahru, naiki feri Limbongan Maju menjadi pilihan yang baik kerana ia menjalankan perkhidmatan pengangkutan marin yang selamat dan cekap. Selain daripada tiket feri, Limbongan Maju juga menyediakan servis berkaitan dengan pembangunan pelancong seperti penempahan penginapan dan sewa basikal. Nikmati perkhidmatan feri oleh Limbongan Maju dengan menempah tiket feri di laman web Easybook. Ia hanya mengambil beberapa langkah yang mudah dan proses penempahan dapat dilaksanakan dalam masa beberapa minit sahaja. Selain di lama web, anda juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih secara percuma untuk melihat harga tiket feri yang berpatutan.

Laluan dan Jadual Feri Limbongan Maju

Feri dari Terminal Feri Tanjung Belungkor beroperasi dua kali sehari dan empat kali pada hujung minggu dan cuti umum. Semak jadual feri di bawah untuk perjalanan antara Terminal Feri Tanjung Belungkor dan Terminal Feri Changi di Singapura.

Terminal Feri Tanjung Belungkor, Johor – Terminal Feri Changi, Singapura

Waktu berlepas: 8:00 AM & 6:30 PM (Isnin – Jumaat), 8:00 AM, 11:00 AM, 3:30 PM & 6:30 PM (Sabtu, Ahad & cuti umum)

Terminal Feri Changi, Singapura – Terminal Feri Tanjung Belungkorm Johor

Waktu berlepas: 9:30 AM & 8:00 PM (Isnin – Jumaat), 9:30 AM, 12:30 PM, 5:00 PM & 8:00 PM (Sabtu, Ahad & cuti umum)

Feri Limbongan Maju boleh membawa had muatan 120 penumpang untuk setiap perjalanan. Masa perjalanan mengambil kira-kira 30 minit dan ini bergantung pada keadaan cuaca dan laut. Kemudahan di atas feri yang disediakan terhad kerana jarak dan masa perjalanan feri yang pendek.

Mengenai Terminal Feri

Terminal feri di Tanjung Belungkor telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1993. Penubuhan ini dilakukan untuk menaiktaraf sektor pelancongan di Desaru, Johor Bahru. Ia mengambil masa dalam 30 minit perjalanan dari pelabuhan ke bandar Desaru. Sementara itu, Terminal Feri Changi di Singapura hanya terletak beberapa batu di bahagian timur lapangan terbang. Pelancong boleh mendapatkan banyak kemudahan dan fasiliti yang berguna seperti hotel dan restoran yang berdekatan. Terdapat juga kios maklumat pelanggan di dalam terminal untuk merujuk maklumat lebih lanjut. Anda juga boleh memilih untuk mengisi perut anda di Changi Village Hawker Centre yang terletak berdekatan dengan terminal feri tersebut.

Tarikan Menarik di Desaru

Desaru merupakan destinasi pelancongan popular di Daerah Kota Tinggi, Johor Bahru di mana wilayah ini terkenal dengan pantai bersih dan hutan semula jadi. Terdapat pelbagai tarikan menarik seperti Pantai Desaru, Muzium Nelayan di Tanjung Balau, Ladang Buah Desaru yang mendapat banyak kunjungan oleh pelancong dari seluruh dunia.

Selepas melawat Pantai Desaru, anda boleh tuju ke Ladang Buah Desaru untuk mencuba lebih dari 100 jenis buah-buahan tropika. Selain itu, anda juga boleh mengambil kesempatan ini untuk melihat kelip-kelip di Sungai Lebam pada waktu malam. Pencinta haiwan boleh pergi ke Ladang Unta untuk melihat kehidupan burung unta dan belajar beberapa perkara tentang habitat burung ini.

Jangkaan musim monsun di Desaru berlaku antara bulan November dan Februari. Oleh itu, masa terbaik untuk pergi ke Desaru adalah antara bulan April hingga Oktober kerana para pelancong dapat menikmati cuaca baik. Pelancong disyorkan untuk menempah tiket feri terlebih dahulu dan rujuk pada jadual feri untuk mengelakkan kekecewaan terutamanya semasa musim percutian. Anda digalakkan untuk daftar masuk bersama pasport dan dokumen penting untuk mengambil pas masuk sekurang-kurangnya satu jam setengah sebelum masa berlepas feri.

Tempat Penginapan di Desaru

Jika anda sedang mencari tempat untuk bermalam di Desaru, jangan bimbang kerana terdapat banyak jenis penginapan yang boleh dipilih. Banyak resort-resort menarik seperti Pelangi Balau Resort, Sebana Cover Resort, Lotus Desaru Beach Resort, Pulai Desaru Beach dan Pulai Desaru Beach. Anda boleh nikmati masa di resort ini untuk bersantai dengan pemandangan pantai yang cantik bersama keluarga atau rakan-rakan. Bagi pelancong yang lebih suka penginapan bajet, terdapat Desaru Holiday Chalets, Tiara Desaru Seaview Residence dan Amansari Hotel Desaru yang boleh dimasukkan dalam senarai penginapan berpatutan di Desaru. Anda boleh rujuk dengan hotel yang anda tinggal jika mereka menyediakan servis pengangkutan dari terminal feri untuk memudahkan pelan perjalanan anda.

Bina kenangan percutian baru di Desaru dengan menempah tiket feri online Limbongan Maju di Easybook! Proses penempahan dapat dilakukan dengan beberapa langkah mudah dan serta merta anda boleh melihat jadual feri dan harga tiket feri. Setelah anda membeli tiket dari laman web Easybook atau aplikasi mudah alih, pastikan anda mencetak maklumat tempahan anda untuk memudahkan proses perjalanan. Semoga percutian anda kali ini dapat dirasai dengan keseronokan dan kami berharap untuk melayani anda untuk perjalanan percutian yang seterusnya!

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.