MGH Boat Service adalah sebuah syarikat feri terkemuka yang terletak di Jeti Marang, menawarkan perkhidmatan pengangkutan ke Pulau Kapas dan Pulau Gemia di Terengganu, Malaysia. Syarikat ini mempunyai rekod prestasi yang lama melebihi 15 tahun dan telah mendapat kepercayaan dari pelancong global kerana perkhidmatannya yang dipercayai dan berkualiti. MGH Boat Service juga menawarkan tempat duduk yang luas dan selesa di atas kapalnya, serta menjamin perjalanan yang menyenangkan. Selain itu, Jeti Marang juga menyediakan kemudahan tempat letak kereta yang luas dan selamat untuk individu yang memilih untuk memandu ke lokasi berlepas. Jeti ini terletak kira-kira 15 minit dari bandar Kuala Terengganu dan 30 minit dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Bukan itu sahaja, destinasi ke Marang juga boleh diakses melalui udara, bas, atau kenderaan persendirian. Harga bagi bot rombongan dari Jeti Marang ke Pulau Kapas adalah sekitar RM20 seorang untuk satu arah dan RM40 untuk pergi balik.
Seterusnya, bagi masa perjalanan yang menggunakan perkhidmatan MGH Boat Service dari Jeti Marang ke Pulau Kapas hanya mengambil masa 10–15 minit dengan menaiki bot. Jadi jalan ini memudahkan orang ramai untuk sampai ke tempat-tempat indah ini dengan cepat dan mudah, menjadikannya pilihan utama pelancong. Bukan itu sahaja, syarikat ini juga menggunakan bot laju yang dijaga rapi dan memastikan perjalanan adalah pantas dan selamat. Bot-bot ini mampu mengendalikan perjalanan yang singkat, memberikan keselamatan dan keselesaan kepada penumpang.
MGH Boat Service menawarkan beberapa perjalanan harian, waktu feri pertama biasanya berlepas pada pukul 9:00 pagi dan yang terakhir pada pukul 5:30 petang, ini kerana ingin memberikan masa yang bebas untuk pelancong. Bukan itu sahaja, tiket juga boleh ditempah dalam talian melalui platform seperti Easybook yang juga menawarkan pelbagai perjalanan dan diskaun promosi.
Pantai Panjang sangat sesuai untuk aktiviti berenang, berjemur dan permainan pantai kerana airnya jernih dan pasirnya putih.
Terumbu karang yang mengelilingi Pulau Kapas, menjadikannya tempat tumpuan yang bagus untuk berenang dan menyelam. Terdapat banyak hidupan laut yang boleh dilihat termasuk pelbagai jenis ikan, penyu, dan juga jerung terumbu.
Terdapat banyak laluan di pulau itu yang menghala ke hutan tropika yang subur. Anda boleh melihat hidupan liar di kawasan tersebut dan menikmati pemandangan pulau dan air yang jernih di laluan ini.
Anda boleh berkayak dan menaiki bot untuk mengelilingi pulau kerana airnya jernih dan tenang. Terdapat beberapa tempat di pulau itu di mana anda boleh menyewa peralatan juga.
Anda boleh menempah tiket anda sekarang di Easybook untuk melancong dengan menggunakan perkhidmatan MGH Boat Service. Anda hanya perlu memilih destinasi yang anda ingin pergi dan kemudian memilih bot dan masa yang telah di senaraikan. Akhir sekali, tiket untuk MGH Boat Service boleh dibeli di Easybook dan dibayar menggunakan kad debit, kad kredit, atau perbankan dalam talian. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan tawaran istimewa jika tersedia!
Location | Address | Tel | Fax |
---|---|---|---|
MGH Boat Service | No.2 Jeti Pelancongan, 21600, 21600 Marang, Terengganu. |