Loading...
× Tiket Bas Diskaun Sehingga 52% Untuk Pengguna Baru! Maklumat Lanjut

Super Fast Ferry Ventures (SSFV) Service

Terdapat pelbagai cara untuk anda ke pulau-pulau menarik di Malaysia sama ada menaiki kereta atau bas. Sekiranya anda berada di Pulau Pinang, anda hanya perlu menaiki feri untuk menuju ke Pulau Langkawi. Mulakan perjalanan anda dari Pulau Pinang ke Pulau Langkawi dengan Super Fast Ferry Ventures, salah satu syarikat feri yang berpangkalan di negeri Pulau Pinang.

Jikalau anda merancang untuk mendapatkan lesen skuba di Langkawi atau kembali ke Pulau Pinang untuk meneruskan pengembaraan ke destinasi seterusnya, Easybook ada di sini untuk membantu anda memulakan pengembaraan itu.

Dapatkan tiket feri Super Fast Ferry Ventures di Easybook dalam masa beberapa minit sahaja apabila anda menempah menerusi laman web atau aplikasi mudah alih kami di mana sahaja anda berada pada bila-bila masa. Berikut adalah panduan mudah tentang proses tempahan tiket feri melalui laman web Easybook.

Super Fast Ferry Ventures (juga dikenali sebagai SFFV) membolehkan para penumpang melakukan perjalanan dengan perkhidmatan feri berkelajuan tinggi di antara kedua pulau tersebut. Jika anda datang dari Pulau Pinang, anda boleh menuju ke Terminal Jeti Pulau Pinang. Terminal Jeti Pulau Pinang merupakan salah satu terminal pengangkutan tertua yang juga bertindak sebagai titik penyambung bagi bas Rapid Penang.

Sangat mudah untuk sampai ke Terminal Jeti Pulau Pinang dengan perkhidmatan bas yang terdapat di stesen lain seperti Terminal Bas Sungai Nibong, Terminal Bas Butterworth, Penang Sentral dan juga Stesen Kereta Api Bukit Mertajam. Untuk memudahkan perjalanan anda, perkhidmatan teksi juga disediakan Terminal Jeti Pulau Pinang.

Anda hanya perlu menuju ke Terminal Jeti Langkawi sekiranya anda berlepas dari Langkawi. Dari Pusat Bandar Kuah, ia mengambil masa kira-kira 5 minit dengan kereta untuk dan 15 minit berjalan kaki dari Eagle Square untuk tiba. Di jeti, anda boleh menyewa kereta dari pelbagai perkhidmatan di kompleks mini berdekatan.

Sekiranya anda telah menempah tempat tinggal, semak butiran terlebih dahulu jika mereka menawarkan perkhidmatan ulang-alik ke Terminal Jeti Langkawi. Pastikan untuk mencetak tiket feri sebelum menaiki kapal untuk mengelak membuat pembayaran percetakan di kaunter.

Jadual & Tambang Super Fast Ferry Ventures

Orang ramai kerap berkunjung ke Pulau Pinang dan Pulau Langkawi kerana kedua-dua pulau ini merupakan antara tarikan utama di Malaysia. Adalah penting untuk menempah tiket feri terlebih dahulu terutamanya pada musim cuti. Harga tiket feri adalah RM80 bagi penumpang dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 11 tahun.

Berikut adalah jadual feri untuk Super Fast Ferry Ventures yang mengambil masa hampir 2 jam dan 45 minit:

  • Terminal Jeti Pulau Pinang – Terminal Jeti Langkawi: 8:30 AM, 2:00 PM
  • Terminal Jeti Langkawi – Terminal Jeti Pulau Pinang: 10:30 AM, 3:00 PM

Tempat-tempat Menarik Berhampiran Terminal

Jika anda tiba lebih awal daripada jadual feri yang ditetapkan untuk Super Fast Ferry Ventures di Terminal Jeti Pulau Pinang, anda boleh menghabiskan masa berjalan di pantai Weld Quay di bandar George Town. Pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati seperti Wisma Yeap Chor Ee, yang berfungsi sebagai pusat bagi syarikat permulaan dalam komuniti teknologi di Pulau Pinang.

Anda juga boleh menuju ke Muzium Interaktif ‘Made in Penang’ dan mengambil gambar dengan mural 3D yang dibuat oleh artis Pulau Pinang. Untuk merasai juadah yang lazat, singgah di gerai bergerak Noor Azam Apam Balik di hadapan Pejabat Pos Besar atau berjalan kaki sahaja ke Yin's Sourdough Bakery untuk mendapatkan roti segar sebelum menaiki feri.

Selain itu, anda boleh pergi ke salah satu jalan tertua di Pulau Pinang iaitu Lebuh Pantai yang merupakan daerah perniagaan di George Town. Antara bangunan yang dapat dilihat di Lebuh Pantai adalah Bangunan Standard Chartered, Bangunan HSBC Bank, Bangunan Majlis Islam Negeri Pulau Pinang, Bangunan Bank of China, Bangunan OCBC, Bangunan Logan dan Rumah India.

Super Fast Ferry Ventures sentiasa bersedia untuk membawa anda ke Pulau Langkawi dan Pulau Pinang menerusi perjalanan yang mudah dan selamat. Tempah sahaja tiket feri Super Fast Ferry Ventures melalui Easybook tanpa perlu beratur di kaunter tiket.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.