Terminal Feri Desaru Coast terlihat menarik dengan seni binanya yang moden dan bagaimana ia menyatu dengan keindahan alam disekitarnya. Seni bina terminal ini meluahkan suasana ketenangan tepi laut sambil mengekalkan unsur modernisme. Para pelancong dapat menikmati keindahan laut yang berkilauan yang mencirikan keindahan alam semula jadi yang dapat dilihat dari tingkap kaca bagi pemandangan yang begitu memukau di perairan Laut China Selatan.
Perkhidmatan feri di antara Terminal Feri Tanah Merah Singapura dan Terminal Feri Desaru Coast Malaysia, menjadikan ia penghubung penting antara kedua-dua negara. Dengan adanya perkhidmatan yang cepat dan mudah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain, penghubung ini sangat popular di kalangan pelancong dan penduduk tempatan. Salah satu bahagian terbaik untuk menaiki feri adalah menikmati pemandangan pantai yang indah dan lautan yang membiru di bawah.
Perjalanan luar biasa bermula di Terminal Feri Desaru Coast, bukan sahaja sekadar pintu masuk. Tapi, perasaan santai, pengembaraan, dan penerokaan pelbagai budaya yang akan dirasai sebaik sahaja anda memasuki terminal tersebut. Desaru Coast adalah destinasi yang terbaik untuk dilawati kerana pantainya yang indah, tempat peranginan mewah, dan tapak bersejarah. Desaru Coast menjadi tempat pelancongan yang terkenal kerana lokasinya yang strategik dan terminal feri yang bertaraf dunia, yang memberikan permulaan dan pengakhiran yang menyenangkan untuk setiap perjalanan.
Untuk pergi ke Terminal Feri Desaru Coast adalah cukup mudah, sama ada anda datang dari dalam Malaysia atau dari Singapura. Berikut adalah panduan lengkap untuk anda sampai ke terminal tersebut:
Memandu dari Singapura ke Johor Bahru melalui Tambak Johor-Singapura atau Lebuhraya Lingkaran Kedua (Tuas Second Link). Setelah tiba di Johor Bahru, perjalanan diteruskan dengan ikuti papan tanda ke Desaru melalui Lebuhraya Senai-Desaru (E22). Perjalanan dari Johor Bahru ke Desaru Coast mengambil masa sekitar 1.5 hingga 2 jam.
Memandu melalui Lebuhraya Senai-Desaru (E22). Ikuti papan tanda ke Desaru Coast. Perjalanan biasanya mengambil masa sekitar 1.5 jam, bergantung pada keadaan lalu lintas.
Memandu ke arah selatan melalui Lebuhraya Utara-Selatan (E2) menghala ke Johor Bahru. Kemudian, ikuti Lebuhraya Senai-Desaru (E22) ke Desaru Coast. Pemanduan dari Kuala Lumpur ke Desaru Coast mengambil masa kira-kira 4 hingga 5 jam.
Para pelancong disarankan untuk melawat laman web Easybook untuk menyemak jadual feri ke pelbagai destinasi. Anda juga boleh menyemak jadual bas ke Terminal Feri Desaru Coast di laman web kami. Sangat mudah dan murah! Gunakan garis panduan di sini untuk membantu dalam pembelian tiket anda.
Jalan Dermaga, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor
+607-277 2058