Loading...

Latest News

Easybook

Easybook Dianugerahkan dengan ASEAN Business Excellence Award

May 08, 2026

Easybook Dianugerahkan Dengan ASEAN Business Excellence Award di ASEAN Leadership & Partnership Forum 2026

Easybook Menyertai Pemimpin Kerajaan dan Eksekutif Perniagaan. di ASEAN Leadership & Partnership Forum 2026 bertempat di Kuala Lumpur.

Kami dengan bangganya mengumumkan Easybook telah dianugerahkan The ASEAN Business Excellence Award di ASEAN Leadership & Partnership Forum (ALPF) 2026. Majlis telah diadakan pada 6 May 2026 di The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.

ALPF merupakan platform serantau terkemuka yang diasaskan bersama oleh bekas Setiausaha Agung ASEAN, menghimpunkan pegawai kanan kerajaan, penggubal dasar, dan pemimpin perniagaan dari seluruh Asia Tenggara. Forum tahun ini diadakan dengan tema, “Navigating ASEAN in a New Geopolitical Era: Keeping Centrality, Securing Prosperity, Empowering People.”

Penyertaan kami mencerminkan komitmen Easybook dalam menyokong keterhubungan serantau dan integrasi ekonomi. Pengiktirafan yang diterima di forum ini menegaskan peranan kami sebagai pemain utama dalam landskap pelancongan dan ekonomi digital ASEAN. Kami menghadiri forum ini sebagai Rakan Korporat dan berbesar hati menerima anugerah ini bersama organisasi-organisasi terkemuka yang lain.

Kami berharap dapat terus meneruskan perjalanan dalam menghubungkan masyarakat dan destinasi di seluruh rantau dinamik ini.

Untuk ketahui lebih lanjut, klik di sini.






Tempah Sekarang

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.