Loading...

PT Kereta Api Indonesia

Perkhidmatan Kereta Api KAI di Indonesia

Indonesia sebagai negara kepulauan terbesar di dunia menawarkan pengalaman pelancongan yang menggambarkan slogan pelancongan Indonesia iaitu "Wonderful Indonesia". Negara yang indah ini kaya dengan budaya, dikelilingi pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan serta dilengkapi dengan hidangan kulinari yang lazat dan pelbagai tarikan pelancongan menarik serta penuh kenangan. Menggunakan kereta api yang dikendalikan oleh PT Kereta Api Indonesia (KAI) adalah cara yang paling efisien untuk melawat pelbagai bandar menarik di Indonesia.

Sebagai pengangkutan darat awam utama di Indonesia, Kereta Api Indonesia merupakan perkhidmatan pengangkutan rel milik kerajaan yang menyediakan perjalanan bebas kesesakan dari satu tempat ke tempat lain. Pengangkutan kereta api sangat popular dalam kalangan pelancong kerana ia praktikal, efisien serta menawarkan harga tiket kereta api yang mampu milik. Menggunakan kereta api untuk tujuan pelancongan mahupun urusan perniagaan membantu penumpang sampai ke destinasi dengan lebih cepat melalui laluan yang telah ditetapkan. Rasai pengalaman menaiki kereta api yang penuh keseronokan serta layanan mesra daripada kakitangan sambil menikmati pemandangan indah di luar tingkap sepanjang perjalanan.

Rute Popular Kereta Api Indonesia (KAI)

Dengan begitu banyak destinasi pelancongan menarik di Indonesia, Kereta Api Indonesia menyediakan pilihan perjalanan terus ke pelbagai destinasi pada harga tiket yang berpatutan. Tiket perjalanan pergi balik juga tersedia untuk tempahan. Antara laluan paling popular ialah perjalanan dari Jakarta ke Bandung, Yogyakarta dan banyak lagi bandar lain yang boleh ditempah melalui Easybook.com. Berikut ialah laluan kereta api popular KAI:

Tempah Tiket Perjalanan Kereta Api Indonesia (KAI) melalui Easybook

Terokai Indonesia dengan memilih lokasi berlepas dan destinasi melalui perkhidmatan Kereta Api Indonesia, kemudian pilih tarikh dan masa daripada jadual kereta api selepas membuat carian. Isikan maklumat penumpang dan teruskan proses pembayaran secara dalam talian dengan selamat untuk menerima tiket kereta api melalui e-mel.

Penumpang dan pelancong boleh memuat turun aplikasi Easybook secara percuma di Google Play Store atau Apple Store untuk memudahkan proses tempahan. Nikmati perjalanan tanpa kerumitan di Indonesia bersama Kereta Api Indonesia dengan membeli tiket kereta api secara atas talian melalui Easybook hari ini!

Office Location

Location Address Tel Fax
Stasiun Gambir, Pintu Utara Lt. 1,Jl. Medan Merdeka Timur No 17 Jakarta 10110 Indonesia 0811.86.888.66
* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.