Loading...

Myanmar Railways

Myanma Railways

Myanmar (dahulu Burma) terletak di bahagian barat Asia Tenggara — sebuah negara dengan lebih daripada 100 kumpulan etnik dan bersempadan dengan India, China, Laos, Thailand dan Bangladesh. Ibu negaranya, Yangon (dahulu Rangoon), menempatkan pasar, taman dan tasik serta Pagoda Shwedagon yang menyimpan relik Buddha sejak abad ke-6.

Apabila melancong ke negara yang indah ini, kereta api adalah cara paling menarik untuk meneroka Myanmar. Perjalanan menaiki kereta api pastinya menawarkan pemandangan indah sambil berpeluang menyaksikan keindahan negara ini dengan lebih dekat.

Jenis Perkhidmatan Kereta Api Myanma Railways

Terdapat dua kategori laluan kereta api di Myanmar: (1) Up — menuju ke utara dan (2) Down — menuju ke selatan. Setiap laluan mempunyai nombor dua hingga tiga digit sebagai nombor laluan rasmi.

Berikut ialah kelas-kelas kereta untuk maklumat lanjut:

Kelas Penerangan Ketersediaan
Special Sleeper ⮚ Kompartmen peribadi untuk empat (4) orang
⮚ Tiada akses ke gerabak lain kerana pintu masuk, tandas, ruang duduk dan ruang tidur berasingan
⮚ Disediakan air minuman dan set cadar baru
⮚ Yangon ke Bagan
Standard Sleeper ⮚ Kompartmen berkunci dengan dua atau tiga tempat tidur
⮚ Terdapat sinki dan tandas di hujung setiap gerabak
⮚ Disediakan set cadar
⮚ Yangon ke Malanday
⮚ Malanday ke Myitkyina
Upper Class ⮚ Tempat duduk besar dan selesa ⮚ Semua kereta api
First Class ⮚ Tempat duduk kayu tetapi dengan alas kusyen ⮚ Kereta api tertentu sahaja
Ordinary Class ⮚ Tempat duduk kayu asas ⮚ Semua kereta api

Nota: Laluan Yangon ke Mandalay dianggap paling baik berbanding laluan lain.

Laluan Popular Myanma Railways

Jaringan kereta api bersejarah Myanmar membawa pelancong ke banyak destinasi menarik. Berikut adalah beberapa laluan kereta api yang patut dimasukkan dalam perjalanan anda:
1. Mandalay ke Hsipaw
2. Yangon ke Bagan
3. Laluan Kereta Api Lingkaran Yangon (Yangon Circular Train)
4. Mandalay ke Myitkyina
5. Bago ke Mawlamyine
6. Thazi ke Swenyaung
7. Yangon ke Bago ke Taungoo
8. Yangon ke Mandalay

Harga Tiket Myanma Railways

Tiket boleh ditempah secara dalam talian sekurang-kurangnya lima hari sebelum waktu berlepas. Untuk kelas Ordinary dan First Class, tiket boleh dibeli di kaunter sehari sebelum perjalanan. Sementara itu, kelas Upper Class dan Sleeper boleh ditempah sehingga dua minggu lebih awal.

Harga tiket dalam mata wang Kyat (MMK) dan sekitar K1,000 hingga K10,000, bersamaan USD 10 – USD 25.

Perkara yang Perlu Dibawa Semasa Perjalanan

i. Hadir ke stesen awal sebelum waktu berlepas
ii. Sentiasa bawa pasport
iii. Pakai pakaian hangat kerana kereta api boleh menjadi sejuk pada waktu malam
iv. Regangkan badan apabila ada peluang
v. Tempah tiket awal untuk elakkan kesulitan
vi. Bawa peralatan kebersihan peribadi

Office Location

Location Address Tel Fax
Than Lwin Rd, Nay Pyi Taw 9797181459
* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.