Loading...

Train Stations

Stesen Kereta Api Batu Gajah

Stesen Kereta Api Batu Gajah - Maklumat, Jadual Kereta Api, Laluan Kereta Api, Panduan & Tempahan Tiket Kereta Api Dalam Talian

Stesen Kereta Api Batu Gajah terletak di bahagian timur laut bandar Batu Gajah di negeri Perak. Stesen Batu Gajah yang sedia ada sebelum ini terletak di Jalan Pusing dalam kawasan bandar dan telah ditutup pada Julai 2005 apabila semua perkhidmatan kereta api dipindahkan ke stesen baharu. Stesen lama yang diperbuat daripada kayu dengan platform tunggal itu dikatakan akan dijadikan sebagai muzium.

Salah satu laluan popular dari Stesen Kereta Api Batu Gajah ialah menuju ke KL Sentral melalui perkhidmatan tren ETS berkelajuan tinggi yang beroperasi antara Kuala Lumpur dan Ipoh, Perak. Kereta api ETS berkelajuan tinggi ini berlepas dari Stesen Batu Gajah secara berkala setiap hari. Stesen ini selalunya dipenuhi dengan pelajar yang pulang ke kampung halaman ketika cuti semester.

Cara ke Stesen Kereta Api Batu Gajah

Tiada pengangkutan awam dari Stesen Kereta Api Batu Gajah untuk ke tempat lain di sekitar bandar. Oleh itu, para penumpang perlu mendapatkan teksi atau menggunakan aplikasi e-hailing untuk bergerak dari stesen ini.

Namun begitu, penumpang dari pusat bandar Kuala Lumpur boleh menaiki perkhidmatan ETS dari KL Sentral menuju ke Stesen Kereta Api Batu Gajah. Mana-mana stesen ETS lain dalam laluan ini juga boleh digunakan.

Bagi penumpang yang berada berhampiran Terminal Bas Batu Gajah, ia hanya mengambil masa 7 minit untuk sampai ke stesen kereta api dengan menaiki kereta. Jika berada di kawasan bandar, anda boleh menaiki teksi atau e-hailing ke Stesen Kereta Api Batu Gajah dan perjalanan mengambil masa antara 5 hingga 10 minit.

Pengendali Kereta Api Popular di Stesen Kereta Api Batu Gajah

Stesen Kereta Api Batu Gajah menyediakan perkhidmatan tren ETS yang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Laluan Kereta Api Popular

Laluan kereta api popular dari Stesen Kereta Api Batu Gajah di Malaysia.

Kemudahan di Stesen Kereta Api Batu Gajah

Di Stesen Kereta Api Batu Gajah, kemudahan dan fasiliti yang tersedia adalah mesra OKU. Terdapat juga surau untuk kegunaan penumpang Muslim. Walau bagaimanapun, tiada kantin atau kedai serbaneka untuk penumpang membeli makanan atau minuman sementara menunggu ketibaan atau keberangkatan tren.

Ciri-ciri utama:

Kesimpulan

Stesen Kereta Api Batu Gajah kini terletak di lokasi baharu selepas pemindahan dari Jalan Pusing di pusat bandar. Stesen lama dikatakan akan diubah menjadi muzium. Stesen ini sering menjadi tumpuan ramai pelajar yang pulang bercuti ke Batu Gajah.

Stesen Kereta Api Batu Gajah hanya menyediakan perkhidmatan tren ETS berkelajuan tinggi dan tiada perkhidmatan KTM Komuter di stesen ini. Perkhidmatan ETS berjalan secara berkala setiap hari bagi memudahkan perjalanan penumpang ke destinasi masing-masing.

Kunjungi laman web Easybook untuk tempahan tiket kereta api serta menyemak jadual perjalanan dengan lebih mudah dari rumah anda. Kami juga menyediakan aplikasi mudah alih percuma untuk iOS dan Android!

Batu Gajah Railway Station Contact Details:

Batu Gajah Railway Station, Kampong Belangkor, 30200 Batu Gajah, Perak
Not available

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.