Loading...

Train Stations

Stesen Keretapi Bertam Baru

Stesen Keretapi Bertam Baru - Cara ke Sana, Laluan Popular & Jadual Keretapi

Memberi pengalaman pengembaraan yang mendebarkan untuk pencinta alam semula jadi, Gua Musang dikelilingi oleh rangkaian batu kapur yang subur di bahagian barat daya Kelantan. Ia merupakan sebahagian kecil daripada hutan hujan tertua di dunia serta kaya dengan kepelbagaian biologi, rumah kepada pelbagai flora dan fauna terancam. Berdekatan Gua Musang terdapat bandar kecil yang dikenali sebagai Bertam Baru.

Di dalam Bertam Baru, sebuah stesen keretapi KTM yang dinamakan Stesen Keretapi Bertam Baru telah diwujudkan untuk membantu penduduk tempatan bergerak keluar masuk bandar tersebut. Operasi keretapi di stesen ini merangkumi laluan antara Gua Musang dan Tumpat.

Cara ke Stesen Keretapi Bertam Baru

Untuk ke Stesen Keretapi Bertam Baru, mod pengangkutan yang paling ekonomik ialah melalui keretapi KTM Intercity yang beroperasi di sepanjang laluan Gua Musang – Tumpat – Gua Musang. Perlu diingatkan bahawa keretapi antara bandar yang berlepas dari JB Sentral tidak akan berhenti di Stesen Keretapi Bertam Baru kerana perkhidmatan antara bandar ke stesen ini hanya bermula di Gua Musang (penukaran keretapi diperlukan untuk ke Bertam Baru). Tempoh perjalanan berbeza mengikut stesen berlepas.

Selalunya, penduduk tempatan bergerak sekitar bandar Bertam Baru menggunakan kereta dan motosikal. Alternatif lain untuk ke Stesen Keretapi Bertam Baru termasuk mengambil teksi atau menempah perkhidmatan perkongsian kenderaan.

Operator Keretapi Popular

KTM Berhad adalah operator utama yang mengendalikan perkhidmatan keretapi di Stesen Keretapi Bertam Baru. Keretapi beroperasi di sepanjang Laluan Timur Pantai KTM yang melalui Gua Musang dan Tumpat di Kelantan. Jadual perjalanan keretapi kini boleh dilihat di laman web untuk perjalanan yang menyenangkan.

Laluan Keretapi Popular

Laluan keretapi popular dari Stesen Keretapi Bertam Baru di Kelantan termasuk:

Fasiliti di Stesen Keretapi Bertam Baru

Oleh kerana Bertam Baru adalah sebuah bandar kecil, fasiliti di Stesen Keretapi Bertam Baru tidak banyak selain daripada perkhidmatan keretapi. Walaubagaimanapun, operasi keretapi adalah mengikut jadual yang tetap dengan ketibaan dan pelepasan yang cekap.

Beberapa fasiliti boleh didapati dalam stesen ini. Kawasan menunggu yang berteduh dilengkapi dengan bangku bagi memudahkan penumpang berehat sementara menunggu pelepasan keretapi.

Fasiliti unggul:

Kesimpulan

Bertam Baru adalah sebuah bandar kecil yang aman dan tenang yang terletak di negeri Kelantan. Ia bebas dari kesibukan bandar serta menawarkan suasana kampung yang lengkap dengan aura semula jadi yang unik. Penduduk tempatan di sini mengamalkan kehidupan tradisional yang memukau.

Meliputi banyak lokasi serta bandar di Kelantan, Stesen Keretapi Bertam Baru menyediakan perkhidmatan keretapi di sepanjang Laluan KTM Intercity Timur Pantai. Dengan pelbagai jadual keretapi tersedia, akses ke bandar Bertam Baru yang aman kini menjadi lebih mudah dengan tiket keretapi berpatutan. Tempahan tiket secara dalam talian kini disediakan di Easybook melalui platform yang mudah dinavigasi. Easybook menawarkan sebuah platform untuk menempah tiket keretapi dengan mudah agar semua orang dapat sampai ke destinasi yang mereka ingini tanpa sebarang kesulitan.

Easybook.Api.Presentation.Desktop.Models.TerminalViewModel?.Terminal?.TerminalDetail?.FirstOrDefault()?.TerminalStationName

Kampung Bertam Baru, 18300, Kelantan
Not available

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.