Loading...

Train Stations

Stesen Kereta Api Ipoh

Stesen Kereta Api Ipoh - Maklumat, Jadual Kereta Api, Laluan Kereta Api, Panduan & Tempahan Tiket Kereta Api Online

Terletak di bandar Ipoh, ibu negeri Perak, Stesen Kereta Api Ipoh merupakan hentian penting sepanjang Laluan Utara-Selatan dalam rangkaian Keretapi Malaysia. Stesen kereta api ini terletak di bahagian barat daya Ipoh dan semua tren ETS akan berhenti di sini. Berfungsi sebagai terminal kereta api utama di negeri Perak, Stesen Kereta Api Ipoh bukan sahaja mengendalikan perkhidmatan tren ETS KTM, malah turut mengendalikan tren kargo.

Sebagai sebahagian daripada projek menaiktaraf landasan berkembar dan elektrifikasi antara Ipoh dan Rawang, stesen ini telah melalui proses pengubahsuaian besar dan kini digelar sebagai “Taj Mahal Ipoh” oleh penduduk tempatan. Stesen Kereta Api Ipoh juga menempatkan sebuah hotel stesen yang dikenali sebagai Majestic Hotel.

Cara ke Stesen Kereta Api Ipoh

Cara paling mudah untuk tiba di Stesen Kereta Api Ipoh adalah dengan menaiki tren ETS. Pengembara dari pusat bandar Kuala Lumpur boleh menaiki tren ETS dari KL Sentral menuju ke Stesen Kereta Api Ipoh. Stesen ETS lain dari negeri-negeri berbeza juga boleh dipertimbangkan.

Pengembara juga boleh menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Ipoh, tiba di Terminal Bas Amanjaya, kemudian meneruskan perjalanan dengan perkhidmatan e-hailing atau teksi dalam masa kurang daripada 20 minit ke Stesen Kereta Api Ipoh. Terdapat juga perkhidmatan bas ekspres dari negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Easybook menyediakan pelbagai pilihan mengikut laluan yang anda inginkan.

Jika anda bergerak dari bandar Ipoh, Stesen Kereta Api Ipoh boleh diakses dengan kereta persendirian, teksi atau e-hailing dengan anggaran perjalanan selama 10 minit. Dari Stesen Bas Medan Kidd, jarak berjalan kaki ke stesen hanya mengambil masa kira-kira 8 minit. Perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (Lapangan Terbang Ipoh) pula mengambil masa kira-kira 16 minit.

Pengendali Tren Popular di Stesen Kereta Api Ipoh

Semua stesen kereta api di Malaysia dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), termasuk Stesen Kereta Api Ipoh.

Laluan Tren Popular

Laluan tren popular dari Stesen Kereta Api Ipoh di Malaysia:

Kemudahan di Stesen Kereta Api Ipoh

Sebagai salah satu stesen kereta api utama di negeri Perak, Stesen Kereta Api Ipoh menyediakan pelbagai kemudahan untuk memenuhi keperluan para penumpang. Selepas proses pengubahsuaian terkini, penumpang boleh meletakkan bagasi mereka di loker penyimpanan berbayar yang tersedia. Bosan menunggu tren tiba? Terdapat sebuah kafe di Stesen Kereta Api Ipoh untuk anda menikmati secawan kopi atau snek.

Ciri-ciri utama:

Kesimpulan

Stesen Kereta Api Ipoh merupakan sebuah stesen kereta api utama yang berfungsi sebagai hentian bagi tren ETS dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Stesen ini menggabungkan perkhidmatan tren moden bersama nilai sejarah bangunan seni bina lama.

Terletak di ibu negeri Perak menjadikannya mudah diakses melalui pengangkutan awam tempatan. Hanya beberapa minit berjalan kaki dari Stesen Kereta Api Ipoh ke pusat bandar, para pelancong boleh melawat pelbagai tarikan pelancong berdekatan.

Seperti diketahui, Ipoh mempunyai banyak tarikan menarik selain nilai sejarahnya. Layari laman web Easybook atau melalui aplikasi mudah alih untuk menempah tiket tren ke Ipoh sekarang! Kami berharap dapat melayani perjalanan anda dengan sistem tempahan online yang mudah dan pantas.

Ipoh Railway Station Contact Details:

Ipoh Railway Station, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak
(+605) 254 0481

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.