Loading...

Train Stations

Stesen Kereta Api Kajang

Stesen Kereta Api Kajang - Jadual Kereta Api, Laluan Kereta Api, Informasi & Panduan

Terletak 21 km dari Kuala Lumpur, Kajang ialah sebuah bandar di bahagian timur negeri Selangor, Malaysia. Bandar Kajang merupakan pusat pentadbiran daerah Hulu Langat dan dikelilingi oleh kawasan kejiranan yang pesat membangun. Kajang terkenal dengan salah satu hidangan tempatan paling popular di Malaysia iaitu sate.

Dengan kemudahan stesen kereta api, perjalanan ke Kajang menjadi lebih mudah melalui perkhidmatan tren yang beroperasi di Stesen Kereta Api Kajang. Stesen ini terletak kira-kira 1 km dari pusat bandar Kajang dan mempunyai dua bahagian iaitu Stesen MRT Kajang dan Stesen Komuter Kajang. Stesen MRT Kajang ialah stesen terakhir bagi Laluan MRT Sungai Buloh – Kajang, manakala Stesen Komuter Kajang merupakan stesen pertukaran KTM Komuter bagi laluan Rawang – Seremban.

Cara ke Stesen Kereta Api Kajang

Cara paling mudah dan murah untuk ke Stesen Kereta Api Kajang adalah dengan menaiki perkhidmatan tren. Perkhidmatan MRT melalui Laluan Sungai Buloh – Kajang (SBK Line) berhenti di stesen ini. Penumpang juga boleh menaiki KTM Komuter melalui laluan Rawang – Seremban untuk sampai ke stesen ini. Pilihan lain termasuk perkhidmatan teksi dan bas tempatan.

KTM turut menyediakan perkhidmatan ETS terus melalui laluan Padang Besar – Gemas. Perkhidmatan ETS turut berhenti di Stesen Kereta Api Kajang bagi memudahkan penumpang ke destinasi masing-masing.

Perkhidmatan Tren Popular di Stesen Kereta Api Kajang

Beberapa pengendali tren popular di Malaysia menyediakan perkhidmatan di Stesen Kereta Api Kajang. Antaranya MRT dan KTM Berhad, di mana KTM di Stesen Komuter Kajang menawarkan perkhidmatan KTM Komuter serta KTM Intercity. KTM ETS juga beroperasi di stesen ini. Adalah disarankan untuk membuat tempahan awal bagi ETS kerana tiket adalah terhad.

Laluan Tren Popular

Laluan tren popular dari Stesen Kereta Api Kajang di Selangor:

Kemudahan di Stesen Kereta Api Kajang

Dengan jadual tren yang tetap dan teratur, Stesen Kereta Api Kajang menyediakan pelbagai kemudahan bagi keselesaan orang ramai. Stesen ini mempunyai satu platform sisi (side platform) dan satu platform pulau (island platform) dengan empat landasan tren.

Oleh sebab stesen ini menampung lebih daripada satu perkhidmatan tren, beberapa kemudahan tiket dan kemudahan asas turut disediakan. Di dalam stesen terdapat kiosk, kedai, serta kawasan tempat letak kereta yang luas. Perhentian bas dan tempat menunggu teksi turut tersedia bagi memudahkan perjalanan di sekitar bandar Kajang.

Ciri Utama:

Kesimpulan

Sebagai salah satu bandar kecil yang sering dikunjungi di Selangor, Kajang dikenali sebagai ‘Bandar Sate’. Ia terkenal di kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa dengan lokasi sate paling popular iaitu Restoran Sate Kajang Haji Samuri. Terletak di tengah bandar, mercu tanda utama Kajang ialah Stadium Kajang yang menjadi lokasi pelbagai acara besar setiap tahun.

Perkhidmatan tren di Stesen Kereta Api Kajang menawarkan banyak pilihan jadual dengan ketibaan dan keberangkatan yang cekap. Melalui stesen ini, perjalanan ke bandar Kajang menjadi lebih mudah dan menjimatkan dengan harga tiket yang berpatutan. Platfor

Kajang Railway Station Contact Details

Stesen KTMB Kajang, Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor
Not Available

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.