Stesen Keretapi Kluang dikendalikan oleh syarikat kereta api nasional Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan terletak di bandar Kluang, Johor. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Intercity untuk para penumpang.
Terletak di tengah-tengah bandar Kluang, stesen ini mudah dicapai dengan berjalan kaki dari banyak lokasi berdekatan. Kedai kopi terkenal iaitu Kluang Rail Coffee juga terletak bersebelahan stesen ini, popular di seluruh negara dengan minuman kopi yang lazat serta roti bakar kaya panggang arang.
Penumpang dari pusat bandar Kuala Lumpur boleh menaiki tren ETS dari KL Sentral ke Gemas, iaitu stesen pertukaran di Negeri Sembilan. Seterusnya, tukar ke tren KTM Intercity yang menuju terus ke Stesen Keretapi Kluang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Penumpang juga boleh menaiki tren ETS dari stesen ETS lain di negeri-negeri lain, namun pertukaran tren di Gemas adalah wajib untuk tiba ke Kluang.
Stesen Keretapi Kluang juga boleh dicapai melalui perkhidmatan bas. Penumpang boleh menaiki bas ekspres dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur ke Terminal Bas Kluang. Setelah tiba, ambil teksi atau perkhidmatan e-hailing terus ke Stesen Keretapi Kluang, dengan perjalanan kira-kira 10 minit.
Stesen Keretapi Kluang dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), pengendali tren nasional Malaysia.
Stesen Keretapi Kluang menawarkan pelbagai kemudahan untuk keselesaan penumpang. Sambil menunggu tren, penumpang boleh singgah ke Kluang Rail Coffee untuk menikmati secawan kopi dan roti bakar kaya panggang arang. Selain itu, terdapat juga kaunter tiket dan kawasan parkir kenderaan.
Top features:Bandar Kluang di Johor terkenal di seluruh negara dengan kedai kopi lagenda, Kluang Rail Coffee. Terletak di tengah-tengah bandar, Stesen Keretapi Kluang menyediakan perkhidmatan KTM Intercity ke pelbagai destinasi mengikut laluan tren yang tersedia. Penumpang boleh ke stesen ini dengan mudah melalui perkhidmatan tren atau bas.
Semak jadual tren dan tempah tiket tren secara online melalui laman web Easybook atau aplikasi mudah alih. Cuma pilih destinasi, tarikh perjalanan dan biarkan sistem menguruskan selebihnya. Tempahan tiket tren kini lebih mudah bersama Easybook!
Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor
Not available