Loading...
× Use code TRAVELBUS for 28% off* bus tickets when you book on our mobile app! T&C apply

SE Super Ekspres

SE Super Ekspres adalah salah satu daripada pengendali bas terkenal yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor. SE Super kini berkhidmat kira-kira 40 laluan sehari di seluruh Malaysia, Singapura dan Thailand. Ia terkenal dengan menyediakan perkhidmatan bas ekspres dari Selangor dan Negeri Sembilan ke wilayah Selatan dan Utara Semenanjung Malaysia dan Hatyai, Thailand. Laluan yang ditawarkan oleh SE Super Ekspres adalah dari Klang, Selangor ke Kompleks Golden Mile, Singapura, Seremban, Segamat, Johor Bahru Larkin Terminal, Changlun dan Hatyai di Thailand. Selain itu, SE Super menyediakan perkhidmatan bas dari Terminal Shah Alam ke Seremban, Labis dan Segamat. Di samping itu, perkhidmatan bas dari SE Super juga termasuk laluan dari Seremban ke Singapura, Johor dan banyak lagi. SE Super Ekspres menawarkan tiket bas yang berpatutan untuk para pelanggannya. Harga tiket bas dari Klang, Selangor ke Kompleks Golden Mile, Singapura adalah RM 55 manakala harga tiket bas dari Klang, Selangor ke Hatyai, Thailand hanya RM 63. Selain itu, harga tiket dari Selangor ke Johor antara RM 23.5 hingga RM 42. Bas SE Super Ekspres terkenal dengan kerusi yang selesa dan banyak ruang kaki. Bas-bas ini dilengkapi dengan penyaman udara dan televisyen di atas bas dan kebanyakannya terdapat 44 orang duduk di dek tunggal. Tempah tiket bas SE Super Ekspres sekarang di easybook.com


Office Location

Location Address Tel Fax
444, Jalan Sena, Taman Datuk Hormat, 46000 Petaling Jaya Selangor. 016-3302522
* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.