Hari Easter dianggap sebagai salah satu perayaan yang penting dalam Kalendar Kristian di mana hari Jumaat sebelum Hari Ahad Easter atau Easter Sunday dikenali sebagai Jumaat Agung (Good Friday).
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|
19 Apr | Jumaat | Jumaat Agung (Good Friday)/Easter | Sabah & Sarawak |
Hari Easter menandakan perayaan kebangkitan Yesus (Jesus) dan merupakan perayaan penting dalam kalendar gereja Kristian. Nama Easter diambil daripada nama April dalam terjemahan Anglo-Saxon yang dikenali sebagai Eostermunath. Penganut agama Kristian juga menyatakan bahawa nama tersebut berasal daripada seorang dewi yang dikenali sebagai Eostre di mana penghormatan akan diberi kepadanya pada awal musim bunga.
Tarikh Hari Easter berubah setiap tahun bergantung kepada pengiraan pastoral ekuinoks pada bulan Mac di mana terdapat tempoh cerah dan gelap yang sama rata. Salah satu daripada Lembaga Penganut Kristian yang dikenali sebagai Majlis Nicae memutuskan bahawa tarikh Hari Easter adalah pada hari Ahad pertama yang jatuh selepas bulan purnama pertama pada ekuinoks bulan Mac.
Perayaan Hari Easter juga dikaitkan dengan Jumaat Agung atau Good Friday yang dipercayai merupakan hari di mana Yesus telah disalibkan. Jumaat Agung atau Good Friday dianggap sebagai baik atau good kerana menandakan ketuhanan dan Jumaat Agung ini akan jatuh pada hari Jumaat yang tiba sebelum Hari Ahad Easter. Tarikh Hari Easter pada tahun 2019 akan jatuh pada hari Jumaat bersamaan 19 April di Malaysia.
Seperti perayaan – perayaan lain, Easter merupakan satu masa yang dikaitkan dengan pelbagai tradisi makanan setiap tahun.
Telur rebus sering dihidangkan semasa perayaan Easter yang akan dihiaskan dengan pewarna makanan berwarna - warni sebagai hiasan atau untuk aktiviti memburu telur Easter. Pada hari Jumaat Agung, roti panas yang di dekorasi dengan corak salib juga dihidangkan. Memakan roti panas adalah penting sebagai tanda berakhirnya Lent (suatu tempoh di mana orang Kristian harus berpuasa) kerana roti tersebut mengandungi produk tenusu dan produk tenusu adalah bahan terlarang sepanjang tempoh tersebut.
Antara elemen penting pada mana – mana perayaan Hari Easter adalah memakan roti panas bercorak salib dan hidangan kambing. Para penganut mempercayai bahawa semasa zaman Pagan, roti panas bercorak salib dibakar dan ditawarkan kepada tuhan – tuhan semasa perayaan. Kambing pula dikaitkan dengan perayaan Hari Easter kerana terdapat keratan dalam kitab Genesis di mana Abraham telah diminta untuk mengorbankan anaknya.
Oleh kerana telur menjadi simbolik kejadian semula, para penganut mewarnai telur Easter dengan pelbagai warna untuk meraikan musim baru. Arnab Easter atau Easter bunny pada asalnya melambangkan kesuburan menurut agama Pagan. Arnab Easter kemudiannya tetap dikaitkan dengan perayaan Hari Easter walaupun setelah para penganut Pagan memeluk agama Kristian.
Memakai pakaian baru pada Hari Easter dipercayai akan membawa tuah untuk sepanjang tahun. Di negara seperti Amerika Syarikat, para penganut akan menyertai Perbarisan Hari Easter dan mempamerkan pakaian baru mereka dalam bentuk persembahan fesyen yang unik.
Walaupun perayaan Hari Easter di Malaysia mungkin tidak begitu meriah seperti di negara – negara Eropah dan Amerika Syarikat, pengalaman – pengalaman yang mempesonakan masih lagi boleh dinikmati pada musim ini. Hanya Sabah dan Sarawak akan diperuntukkan cuti umum pada hari Jumaat untuk Hari Easter 2019 kerana populasi penganut Kristian yang banyak di kedua - dua lokasi ini.
Jelajahi Sabah semasa sambutan Hari Easter untuk melihat gabungan ciri – ciri luar biasa. Sabah mendiami sebahagian kecil daripada pulau ketiga terbesar di dunia. Bahasa Inggeris seringkali dituturkan di Sabah menjadikannya destinasi mesra pelancong.
Sarawak menawarkan pelbagai budaya, keindahan alam, makanan dan pengembaraan. Ketahui apa yang menjadikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan yang indah dan dapatkan gambaran pemandangan mempesonakan Hari Easter di Sarawak.
Pada mana – mana sambutan perayaan, trafik yang begitu sesak serta kelewatan perjalanan adalah perkara biasa kerana beribu – ribu orang sekali gus memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman serta percutian ke pelbagai destinasi untuk menikmati cuti semasa musim perayaan. Trafik yang tidak bergerak akan mengambil masa selama beberapa jam dan semua hab pengangkutan utama termasuk lapangan terbang, stesen kereta api, perkhidmatan feri serta terminal bas akan menjadi sesak.
Semua orang dinasihatkan untuk merancang setiap perjalanan dan pastikan tiket perjalanan telah ditempah terlebih dahulu untuk mengelakkan situasi kehabisan tiket. Tontoni siaran TV atau dengar di stesen radio untuk aliran trafik semasa bagi perjalanan yang mudah. Untuk perjalanan yang menyenangkan, sila bawa bantal leher atau selimut yang selesa kerana kelewatan perjalanan semasa musim perayaan boleh mengambil masa sehingga beberapa jam. Untuk perjalanan dengan bas, kereta api, kapal terbang dan pengangkutan awam yang lain, pastikan ruang untuk keperluan ini disediakan untuk perjalanan jarak jauh yang selesa.
Layari Easybook hari ini untuk membeli tiket perjalanan dengan mudah. Pastikan tiket perjalanan ditempah lebih awal semasa musim perayaan untuk mengelakkan sebarang kekecewaan. Lihat pelbagai promosi Hari Easter untuk tahun 2019 yang menakjubkan di Easybook dengan melawat laman web dan laman media sosial untuk ganjaran terkini atau muat turun aplikasi mudah alih Easybook untuk menempah tiket di mana – mana saja pada bila – bila masa!