Loading...

Cuti Umum

Cuti Umum Labuan

Cuti umum di Labuan berkongsi tarikh hari kelepasan awam yang sama seperti negeri lain di Malaysia, kecuali ia mempunyai cuti tambahan yang termasuk dalam kalendar cuti Labuan iaitu Hari Wilayah Persekutuan. Percutian ini jatuh pada 1 Februari setiap tahun di Labuan dan dua wilayah lain: Kuala Lumpur dan Putrajaya. Hari Wilayah Persekutuan disambut untuk memperingati peristiwa apabila Labuan menjadi wilayah persekutuan yang kedua di Malaysia selepas Kuala Lumpur.

Selain Hari Wilayah Persekutuan, Labuan juga meraikan Pesta Kaamatan yang disambut pada setiap 30 dan 31 Mei sebagai tanda berakhirnya kitaran penanaman. Ikut pada adat, para petani akan berterima kasih kepada roh-roh yang memberikan mereka hasil tanaman sepanjang tahun dan mereka juga akan mencari berkat untuk musim menuai pada tahun yang akan datang.

Tarikh Cuti Umum Labuan 2019

Tarikh-tarikh yang disenaraikan dalam jadual di bawah ialah tarikh cuti 2019 Labuan. Perubahan pada tarikh mungkin akan berlaku sekiranya ada pengumuman rasmi di buat oleh pihak yang mengendalikan cuti umum di Labuan.

Tarikh Hari Cuti
1 Jan  Selasa  Tahun Baru 
1 Feb  Jumaat  Hari Wilayah Persekutuan 
5 Feb   Selasa  Tahun Baru Cina 
6 Feb  Rabu  Tahun Baru Cina Hari Kedua 
1 Mei  Rabu  Hari Pekerja 
19 Mei  Ahad  Hari Wesak 
20 Mei  Isnin  Cuti Hari Wesak 
22 Mei  Rabu  Hari Nuzul Quran 
30 Mei  Khamis  Pesta Kaamatan 
31 Mei  Jumaat  Pesta Kaamatan Hari Kedua 
5 Jun  Rabu  Hari Raya Aidilfitri 
6 Jun  Khamis  Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua 
11 Ogos  Ahad  Hari Raya Haji 
12 Ogos  Isnin  Hari Raya Haji Hari Kedua 
31 Ogos  Sabtu  Hari Merdeka 
1 Sep  Ahad  Awal Muharram 
2 Sep  Isnin  Cuti Awal Muharram 
9 Sep  Isnin  Hari Keputeraan YDP Agong 
16 Sep  Isnin  Hari Malaysia 
27 Okt  Ahad  Hari Deepavali 
28 Okt  Isnin  Hari Cuti Deepavali 
9 Nov  Sabtu  Maulidur Rasul 
25 Dis  Rabu  Hari Krismas 

Tempah Tiket Sempena Cuti Umum Labuan Melalui Easybook

Oleh kerana tarikh cuti Labuan 2019 telah diumumkan, penduduk di Labuan boleh menggunakan hari cuti mereka untuk buat perancangan percutian awal melalui Easybook. Bukan sahaja Easybook menyediakan platform tempahan dalam talian yang mudah, jenis perkhidmatan lain seperti sewa kereta, pemindahan penumpang dan servis pakej tour juga ditawarkan untuk kemudahan pelancong.

Terdapat banyak laluan perjalanan terutamanya destinasi percutian ke Sabah dan Sarawak yang boleh ditempah di Easybook. Pelancong dari Labuan boleh merancang perjalanan sempena cuti umum Labuan ke mana-mana destinasi pilihan. Layari laman web Easybook untuk mengetahui butiran lain lebih lanjut!

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.