Loading...

Cuti Umum

Cuti Umum Perlis

Terletak di bahagian paling utara dalam Malaysia, Perlis merupakan negeri terkecil di Semenanjung Malaysia. Walaupun hanya bersaiz kecil, negeri tersebut memaparkan pelbagai keindahan alam semula jadi, campuran budaya serta daya tarikan yang bersejarah. Seperti negeri – negeri lain di Malaysia, beberapa hari cuti umum pada tahun 2019 diperuntukkan di negeri Perlis bagi memperingati pelbagai sambutan perayaan. Cuti umum yang hanya terdapat di Perlis termasuk majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Raja Perlis di mana rakyat negeri tersebut meraikan sambutan ini pada 17 Mei setiap tahun.

Tarikh Cuti Umum Perlis 2019

Berikut adalah senarai tarikh rasmi cuti – cuti umum di Perlis bagi tahun 2019. Sila rancang setiap perjalanan terlebih dahulu semasa sambutan perayaan – perayaan yang penting termasuk Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Tarikh Hari Cuti
5 Feb  Selasa  Tahun Baru Cina 
6 Feb  Rabu  Cuti Tahun Baru Cina 
3 Apr  Rabu  Israk dan Mikraj 
1 Mei  Rabu  Hari Buruh 
19 Mei  Ahad  Hari Wesak 
20 Mei  Isnin  Cuti Hari Wesak 
22 Mei  Rabu  Nuzul Quran 
5 Jun  Rabu  Hari Raya Aidilfitri 
6 Jun  Khamis  Cuti Hari Raya Aidilfitri 
17 Jul  Rabu  Hari Ulang Tahun Raja Perlis 
11 Ogos  Ahad  Hari Raya Haji 
12 Ogos   Isnin  Cuti Hari Raya Haji 
31 Ogos  Sabtu  Hari Merdeka 
1 Sep  Ahad  Awal Muharram 
2 Sep  Isnin  Cuti Awal Muharram 
9 Sep  Isnin  Hari Ulang Tahun Agong 
16 Sep  Isnin  Hari Malaysia 
27 Okt  Ahad  Deepavali 
28 Okt   Isnin  Cuti Deepavali 
9 Nov  Sabtu  Hari Ulang Tahun Nabi Muhammad 
25 Dis  Rabu  Hari Krismas 

Tempah Tiket di Easybook

Layari Easybook hari ini untuk menempah tiket perjalanan bagi percutian semasa cuti umum di Perlis dan terokai penemuan – penemuan unik di lokasi yang menenangkan. Easybook menawarkan platform mudah untuk percutian yang menyeronokkan dengan tempahan tiket bas, kereta api, feri serta menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan bas. Tiket juga boleh ditempah untuk perjalanan selain di negeri Perlis seperti ke negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Terengganu. Teruskan ke Easybook sekarang dan tempat tiket perjalanan untuk bercuti dengan mudah!

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.