Mengenai Perkhidmatan Bas A-Class Ekspress
Terletak berhampiran dengan Lembah Klang, banyak tarikan di Negeri Sembilan boleh diakses dengan mudah dalam perjalanan sehari dari Kuala Lumpur. Negeri Sembilan adalah rumah kepada budaya Minangkabau di Malaysia, sebuah masyarakat asalnya dari Sumatera Barat yang menetap di sini pada abad ke-15. Pengaruh seni bina Sumatera banyak ditemui di kampung sekitar negeri yang mana ianya unik dan menarik. Negeri Sembilan menawarkan beberapa gunung berukuran sederhana dengan banyak pantai yang popular dan tapak bersejarah di seluruh negeri. Seremban, ibu kota Negeri Sembilan, kini menjadi daerah komersial yang sibuk dengan pembangunan yang pesat. Pusat beli-belah, pejabat dan kawasan perumahan berkembang seperti cendawan, yang mana meningkatkan saiz dan struktur kawasan Seremban. Masyarakat di sini terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Cina, India dan Melayu. Dari segi restoran, Seremban 'Siew Pau' adalah pastri Cina yang sangat popular di kawasan ini. Untuk berkunjung ke Seremban, kini lebih mudah dengan jalan raya baru dan lebuh raya yang menghubungkan Seremban dan Kuala Lumpur. Perjalanan di sini akan membolehkan pelawat melihat bagaimana sebuah bandaraya seperti Seremban mengimbangi kedua-dua warisan sejarah dan moden dalam dunia kontemporari. Semasa hujung minggu, penduduk dari kawasan terpencil boleh ke Seremban melalui perkhidmatan keretapi dan perkhidmatan bas yang tersedia. Terminal utama di Seremban, Terminal One Mall Seremban adalah terminal yang menyediakan banyak perkhidmatan bas yang menghubungkan Seremban dengan pelbagai destinasi lain seluruh semenanjung Malaysia. A-Class Express adalah pengendali bas premium yang berpangkalan di Terminal One Mall Seremban dengan laluan paling popularnya ialah dari Seremban ke Kuala Lumpur. Laluan Bas Popular oleh Express A-Class Menawarkan perjalanan yang kerap dan pelbagai laluan bas, A-Class Express biasanya digunakan untuk menghubungkan Seremban ke Kuala Lumpur. Operator juga menyediakan laluan pulang untuk kemudahan penumpang. Sila ambil perhatian bahawa kelewatan yang lama adalah perkara biasa semasa musim perayaan dan percutian.
Kebanyakan trip A-Class bertolak dari Sungai Petani di Kedah dan menhubungkan pelbagai destinasi popular seluruh Malaysia seperti Kuala Lumpur (Terminal Bersepadu Selatan), Hentian Duta, Melaka Sentral, Seremban, Kuantan, Temerloh, Klang dan juga Shah Alam.
Mengapa Memilih A Class Express? A-Class Express menawarkan jadual bas yang kerap untuk perkhidmatan menuju Kuala Lumpur. Dengan masa yang luar biasa bagi kedua-dua berlepas dan ketibaan bas, syarikat itu memastikan perjalanan yang cekap serta menawarkan keselesaan untuk perjalanan yang menyenangkan. A-Class Express juga berusaha untuk mengekalkan kualiti perkhidmatannya dengan memberi perhatian kepada keselamatan penumpang dengan menjadikannya keutamaan syarikat. Menyediakan banyak laluan bas dengan tambang bas yang berpatutan, tiket bas perjalanan A-Class Express kini boleh diperoleh menerusi platform tempahan dlam talian Easybook yng mana ianya lebih mudah.
Kemudahan di Dalam Bas Pengendali yang terkenal di Terminal One Mall Seremban ini menyediakan perkhidmatannya bas antara bandar dan bas ekspres. ianya menawarkan banyak kemudahan di atas bas untuk perjalanan yang lebih selesa, A-Class Express dijamin sebagai pilihan nombor satu di kalangan ramai pengendali bas yang terdapat di Seremban. Kemudahan eksklusif yang disediakan oleh pengendali termasuk kerusi laras yang selesa dengan ruang kaki yang luas. Semua bas yang disediakan oleh A-Class Express berhawa dingin sepenuhnya dengan ruang bagasi yang luas yang disediakan untuk menamung bagasi para penumpang.