Loading...

Bas Ke KL

Perjalanan menaiki bas merupakan salah satu cara paling mudah dan selesa untuk ke Kuala Lumpur dari pelbagai destinasi seperti Johor, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Hatyai, Cameron Highlands, Genting Highlands dan kawasan lain. Terdapat pelbagai syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan ini. Anda boleh membuat tempahan secara online di laman web Easybook.com dari mana-mana sahaja selagi mempunyai sambungan internet. Anda hanya perlu melayari laman web tersebut dan semua maklumat berkaitan bas ke Kuala Lumpur serta bas ke destinasi lain di Malaysia dan Singapura tersedia dengan lengkap. Tempahan online sangat mudah kerana ia menjimatkan masa, wang dan bebas daripada sebarang kerumitan.

Dengan membuat tempahan secara kerap di easybook.com, anda boleh mengumpul mata ganjaran yang boleh digunakan untuk tempahan seterusnya. Anda juga berpeluang menikmati promosi menarik serta memenangi pelbagai hadiah. Antara syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan ke Kuala Lumpur ialah Konsortium Bas Express, Sri Maju Group, Transnasional, JB Transliner, Cekap & Cekap Express, S&S International dan Supernice Grassland.

Penumpang yang ingin menaiki bas ke KL dari pelbagai destinasi boleh berlepas dari terminal-terminal tertentu. Contohnya, dari Johor penumpang boleh menaiki bas dari Batu Pahat. Dari Pulau Pinang pula, penumpang boleh menggunakan Terminal Sungai Nibong, Terminal Butterworth dan beberapa terminal lain. Dari Singapura, terminal yang boleh digunakan termasuk Beach Road dan Golden Mile Complex. Tempat-tempat lain juga mempunyai terminal strategik yang memudahkan penumpang. Penumpang kemudiannya akan diturunkan di terminal-terminal di KL seperti Puduraya yang merupakan terminal bas terbesar di Malaysia, Terminal Bersepadu Selatan, Pudu Sentral dan Shah Alam bergantung kepada syarikat bas yang dipilih. Terdapat juga terminal seperti Klang dan Hentian Sebelah Serdang yang mempunyai lokasi strategik untuk memudahkan akses kepada pengangkutan awam ke destinasi pilihan.

Perjalanan dari pelbagai destinasi ke KL dengan menaiki bas mungkin mengambil masa yang agak lama bergantung kepada jarak dan keadaan trafik. Namun begitu, bas-bas ekspres ini dilengkapi dengan penghawa dingin dan tempat duduk yang boleh direbahkan sepenuhnya bagi memberikan keselesaan maksimum kepada penumpang supaya mereka tidak merasa terlalu letih sepanjang perjalanan. Selain itu, terdapat juga hentian rehat untuk penumpang berehat atau menikmati makanan ringan sebelum meneruskan perjalanan.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.