Loading...
× Jimat RM2 Caj Terminal bagi tempahan tiket di Easybook.com! Maklumat Lanjut

First Instant Online Bus & Van Chartering Platform in Malaysia

Bas Sewa – Pengangkutan Peribadi Terbaik di Malaysia

Ingin melancong secara berkumpulan ke sesuatu destinasi di Malaysia, Singapura atau Thailand? Membuat tempahan sewa bas melalui Easybook adalah salah satu pilihan terbaik bagi memuatkan kesemua ahli di dalam satu kenderaan. Sama ada pelancong ingin merancang lawatan sekolah bersama anak-anak murid atau lawatan kerja bersama rakan-rakan sekerja, tempahan sewa bas melalui Easybook akan membantu membawa pelancong ke destinasi pilihan mereka dengan selamat. Pelancong boleh memilih untuk membuat tempahan sewa bas untuk perjalanan sehala atau dua-hala, serta perkhidmatan sewa bas bergantung kepada berapa jam yang pelancong perlukan.

Menggunakan perkhidmatan bas charter dijamin dapat menjimatkan perbelanjaan pelancong dan ianya merupakan salah satu perkhidmatan pengangkutan yang selamat, sesuai untuk perjalanan jarak jauh atau dekat. Melalui tempahan sewa bas ini, pelancong dapat mengembara ke suatu tempat ke suatu tempat yang berlainan dalam satu kenderaan yang sama. Selain itu, ia juga dapat memastikan aktiviti berkumpulan berjalan dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan. Dengan kerusi yang selesa, bas charter berhawa dingin dan pemasangan TV di setiap bas charter, pelancong dapat menikmati perjalanan yang selesa ke destinasi mereka.

Easybook menyediakan tempahan sewa bas seperti bas persiaran dan juga tempahan sewa van dari dan ke pelbagai destinasi dalam Malaysia serta ke Singapura dan juga Thailand. Pelancong hanya perlu mengisi maklumat seperti destinasi perlepasan pelancong dan destinasi yang ingin dituju, serta masa dan bilangan orang, Easybook akan menguruskan tempahan sewa bas atau sewa van mereka dengan mudah. Tempah perkhidmatan pengangkutan untuk acara seterus pelancong dengan Easybook sekarang!

Perkhidmatan Bas Sewa untuk Pelbagai Acara

Menerusi perkhidmatan bas sewa di Malaysia ini, pelancong dapat menggunakan perkhidmatan tersebut untuk pelbagai acara dan majlis. Membuat tempahan sewa bas dapat sedikit sebanyak membantu mengurangkan masalah yang dialami pelancong demi aturan acara yang melibatkan orang yang ramai.

Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kos perbelanjaan yang diperlukan untuk menempah suatu perkhidmatan pengangkutan untuk acara berkumpulan berbanding dengan perjalanan secara individu. Mengambil bas charter semestinya merupakan salah satu perkhidmatan pengangkutan yang kurang merumitkan untuk sebuah acara dan majlis secara berkumpulan.

Berikut adalah beberapa contoh acara dan majlis yang pelancong boleh pertimbangkan untuk membuat tempahan sewa bas melalui platform Easybook yang mesra pengguna. Pelancong diberi pilihan untuk memilih sama ada untuk sewa bas persiaran sebanyak 44 tempat duduk atau sewa bas mini persiaran sebanyak 24 tempat duduk di Malaysia, Singapura dan Thailand.

  • Hari keluarga
  • Lawatan sambil belajar
  • Lawatan kerja
  • Majlis perkahwinan
  • Bas pertukaran dari lapangan terbang ke bandar
  • Majlis harijadi
  • Majlis korporat
  • Hari sukan
  • Bas persiaran untuk sekumpulan pelancong

Harga Sewa Bas/Van Persiaran

Berikut adalah panduan untuk harga sewa bas yang boleh didapati di Easybook agar pelancong dapat mengagak kadar harga sewa bas yang sedia ada. Sama ada pelancong sedang menuju ke Singapura untuk festival muzik dengan rakan-rakan atau ke Ipoh untuk menghabiskan hari minggu dengan mencuba pelbagai juadah tempatan, membuat tempahan sewa bas merupakan pilihan pengangkutan terbaik untuk aktiviti berkumpulan. Pelancong boleh menempah perkhidmatan bas charter untuk perjalanan sehala atau dua-hala, serta perkhidmatan sewa bas mengikut berapa jam yang pelancong perlukan.

Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan sewa bas murah yang disediakan Easybook, seperti sewa kereta sebanyak 4 tempat duduk, sewa van sebanyak 9 dan 16 tempat duduk, bas mini persiaran sebanyak 24 tempat duduk, serta bas persiaran sebanyak 30 dan 44 tempat duduk. Berikut merupakan anggaran harga sewa bas untuk beberapa destinasi popular yang ditawarkan di Easybook. Akan tetapi, berikut adalah anggaran kadar untuk sewa kereta sebanyak 4 tempat duduk sahaja, jadi lebihan maklumat dari pelancong diperlukan Easybook untuk membantu merancang perjalanan ke destinasi pilihan.

Destinasi Perlepasan Destinasi Ketibaan Kadar Harga Sewa
Genting Highlands Kuala Lumpur RM210
Cameron Highlands Ipoh RM170
A''Famosa Kuala Lumpur RM320
Legoland Singapore RM250
Port Dickson Singapore RM920
KLIA Ipoh RM260
Lapangan Terbang Pulau Pinang Kedah RM290
Kuala Lumpur Melaka RM320
Pulau Pinang Ipoh RM260
Johor Kuala Lumpur RM800
Melaka Johor Bahru RM600

Ikuti laman web dan laman sosial media Easybook mengenai harga promosi akan datang dan juga untuk mengetahui kadar harga yang menarik untuk perkhidmatan sewa bas pelancong yang seterusnya. Tempahan sewa bas melalui Easybook dijamin dapat melancarkan perjalanan ke destinasi pilihan pelancong dengan selamat lagi efisien!

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.