Loading...
× Tiket Bas Diskaun Sehingga 52% Untuk Pengguna Baru! Maklumat Lanjut
IMPORTANT NOTE:
Please ensure that you have a valid Travel Document from the authorities before you book. Passengers are advised to check the latest travel information through the relevant local authorities. Passengers who fail to present valid travel document or follow to destination's requirements would be denied boarding/denied entry.

Feri dari Jeti Kuala Kedah ke Jeti Langkawi


Salah satu tempat tarikan di Malaysia bagi para pelancong adalah di Pulau Langkawi, dengan adanya laluan feri terkenal yang beroperasi dari Jeti Kuala Kedah ke Jeti Langkawi. Jeti Kuala Kedah, yang terletak kira-kira 15 km dari Alor Setar, juga menyediakan kemudahan asas seperti ruang menunggu, tandas, dan gerai makanan. Semasa menaiki bot yang mengambil masa antara satu jam empat puluh lima minit hingga dua jam, penumpang juga disajikan dengan pemandangan yang indah di Laut Andaman. Pelancong juga turut mempunyai akses kepada pelbagai perkhidmatan apabila tiba di Jeti Kuah di Langkawi seperti restoran, kedai bebas cukai dan pelbagai pilihan transit seperti teksi dan sewaan kenderaan.


Selain itu, pelbagai aktiviti juga disediakan di Langkawi, seperti Snorkeling, Island Hopping, Langkawi Sky Bridge dan Kereta Kabel Langkawi. Serta yang paling menarik adalah Langkawi juga dihiasi dengan pantai dan pulau yang menakjubkan. Anda juga disyorkan untuk membuat tempahan tiket lebih awal jika anda ingin melancong di Langkawi, terutamanya semasa musim cuti sekolah untuk menjamin percutian yang lancar dan menyeronokkan.


Bukan itu sahaja, beberapa pengendali feri terkenal juga menyediakan perkhidmatan untuk laluan antara Jeti Kuala Kedah dan Jeti Langkawi seperti Langkawi Ferry Line Ventures, Super Fast Ferry Ventures, Alisya Express, Bahagia Express dan Arwana Express. Mereka menyediakan perjalanan tetap antara Kuala Kedah dan Langkawi kerana ingin memastikan para penumpang mempunyai pelbagai pilihan yang boleh dipercayai untuk rancang perjalanan mereka dan juga dilengkapi dengan kemudahan moden dengan perjalanan yang lebih selesa.


Akhir kalam, tiket feri dari Jeti Kuala Kedah ke Langkawi juga boleh ditempah secara dalam talian dengan menawarkan e-tiket. Di Easybook, anda boleh menyemak promosi dan tawaran yang ditawarkan dengan penjimatan yang terbaik. Disini juga, anda digalakkan untuk mengikuti tip kami untuk menempah tiket feri anda seperti, tempah tiket feri anda dari portal web dalam talian yang terkenal seperti Easybook.com. Kedua, sebelum menaiki feri pastikan anda memeriksa jadual semasa supaya anda boleh menganggarkan masa ketibaan ke destinasi pilihan anda.  Jadi dengan ini, anda dapat menikmati perjalanan yang selesa dan selamat serta dihiasi dengan pemandangan yang menakjubkan.


Soalan Lazim


1. Bagaimanakah cara untuk menempah tiket feri dari Jeti Kuala Kedah ke Jeti Langkawi?


Pelancong boleh menempah tiket feri dari Jeti Kuala Kedah ke Jeti Langkawi di laman web atau  aplikasi mudah alih Easybook. Jadual waktu bas boleh dilihat dengan memilih tarikh yang anda ingin pergi. Ia hanya akan mengambil masa beberapa minit sahaja untuk menyelesaikan tempahan.


2. Berapa lamakah perjalanan feri dari Jeti Kuala Kedah ke Jeti Langkawi?


Dari Jeti Kuala Kedah ke Jeti Langkawi, perjalanan feri biasanya mengambil masa antara 1 jam dan 45 minit hingga 2 jam, ini juga bergantung kepada syarikat bot dan keadaan laut.


3. Berapakah kos tiket feri dari Jeti Kuala Kedah ke Jeti Langkawi ?


Tiket feri dewasa dari Jeti Kuala Kedah ke Jeti Langkawi berharga dalam RM 23 hingga RM 30. Tiket kanak-kanak berharga dalam RM 17 hingga RM 20. Harga mungkin sedikit berbeza bergantung kepada syarikat bot dan tahap perkhidmatan yang anda pilih.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.