Loading...
× Tiket Bas Diskaun Sehingga 52% Untuk Pengguna Baru! Maklumat Lanjut

Cataferry Servis

Pulau Tioman merupakan antara pulau yang tercantik di seluruh Asia Tenggara dimana ianya terletak di perairan pantai timur Semenanjung Malaysia. Pulau ini sentiasa menjadi kunjungan ramai dari serata dunia setiap tahun dimana mereka perlu menaiki feri atau speedboat dari Mersing, Johor atau Pahang untuk ke pulau tersebut. Perkhidmatan feri melalui Cataferry Services ke Pulau Tioman boleh di tempah dengan Easybook. Pelancong boleh memilih jadual feri Tioman berserta dengan tiket feri perkhidmatan Cataferry Services sedia ada di laman web mengikut perancangan anda.

Cara-cara Untuk ke Pulau Tioman

Cara paling mudah untuk ke Pulau Tioman adalah melalui perkhidmatan Cataferry Services kerana mereka merupakan antara operator terbaik yang menyediakan perkhidmatan feri dari Pahang ke Pulau Tioman selain dari Mersing, Johor pada harga tiket feri yang berpatutan. Selain dari itu, Cataferry Services juga mempunyai penghawa dingin di setiap bot mereka untuk keselesaan penumpang.

Perkhidmatan feri ke Pulau Tioman boleh didapati secara “double-decker” yang boleh memuatkan jumlah penumpang yang ramai. Setiap dek feri boleh memuatkan sebanyak 149 buah tempat duduk premium ekonomi. Cataferry Services juga menyediakan tempat duduk berkonsepkan “open air” buat penumpang untuk menikmati udara yang segar dan pemandangan laut yang luas. Tidak lupa juga, perkhidmatan feri ke Pulau Tioman turut menyediakan tempat letak bagasi “overhead” untuk kesenangan penumpang.

Jadual Feri Tioman & Laluan Cataferry Services

Cataferry Services menawarkan laluan feri dari Terminal Tanjung Gemok di Pahang ke Tekek, Kg Genting, Kg Paya, Kg Air Batang dan Kg Salang di Pulau Tioman, dimana penumpang harus menempah tiket feri mereka untuk dua hala. Cataferry Services menyediakan perkhidmatan feri yang dijamin selamat, jadi para pelancong boleh menempah tiket feri online mereka dengan Easybook melalui beberapa pilihan jadual feri Tioman serta laluan feri yang sedia ada dengan harga tiket feri yang berpatutan mengikut perancangan mereka. Syarikat Cataferry Services Tioman tersebut juga menerima banyak maklum balas yang baik dari pelanggan mereka.

Tentang Pulau Tioman

Antara sebab pelancong memilih Pulau Tioman adalah kerana pulau tersebut terkenal dengan pantainya yang cantik diliputi dengan pasir serta air laut kehijauan yang jernih. Aktiviti-aktiviti menarik seperti snorkeling, selam skuba, memancing dan sebagainya turut boleh didapati di Pulau Tioman ini. Jika pelancong mempunyai masa lapang, mereka juga boleh menyertai aktiviti “jungle trekking” untuk aktiviti yang lebih lasak dan mencabar.

Office Location

Location Address Tel Fax
No.3, 1st Floor, Jalan Sri Tanjung 1/2, Pusat Pertumbuhan Desa Tanjung Gemok, 26820 Kuala Rompin, Pahang, Malaysia. 012-3189458
* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.