Loading...

Johor, Malaysia to Terminal Shahab Perdana (Alor Setar), Kedah, Malaysia Jadual bas dan tambang

Johor, Malaysia to Terminal Shahab Perdana (Alor Setar), Kedah, Malaysia Trip Information
Distance:
771 KM
Average Travelling Time:
10h21m
Total Operator Brands:
10
Total Trips:
1250

Panduan Terbaik dari Johor ke Alor Setar

Panduan Terbaik dari Johor ke Alor Setar

Alor Setar yang terletak di Pantai Barat Malaysia boleh diakses dengan mudah dari Johor melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Perjalanan menaiki bas dari Johor ke Alor Setar biasanya mengambil masa sekitar 8 jam atau lebih bergantung kepada keadaan trafik. Kebanyakan syarikat bas di Malaysia menyediakan perkhidmatan berhawa dingin dan dilengkapi kemudahan moden. Perjalanan dengan bas sangat mudah dan murah, dan semua bas yang tiba di Alor Setar akan berhenti di Terminal Bas Shahab Perdana.

JB Larkin Terminal ialah terminal bas terbesar di Johor dan diservis oleh hampir semua syarikat bas di Malaysia. Perkhidmatan bas tetap dari Johor ke Alor Setar dikendalikan oleh S&S International (M) Express, Star Qistna Express, Yakin BG, Sri Maju, Konsortium, Cepat & Cekap Express dan City Express.

Terdapat beberapa lokasi pick-up seperti JB Larkin Terminal, Mersing, Tangkak, Segamat, Kulai, Batu Pahat, Muar, Kluang dan Air Hitam sebelum bas menurunkan penumpang di Terminal Shahab Perdana di Alor Setar. Kebanyakan bas ekspres akan berhenti seketika untuk rehat di lokasi tertentu sepanjang perjalanan lebih 8 jam. Bas biasanya berlepas pada waktu petang dengan perjalanan paling awal sekitar jam 7 malam. Harga tiket bas adalah dalam lingkungan RM60 hingga RM80.

Bertentangan dengan kepercayaan ramai, perjalanan menaiki bas sangat selesa kerana tempat duduknya luas dan boleh direbahkan mengikut keselesaan anda. Bas juga dilengkapi dengan penghawa dingin sepenuhnya, satu lagi kelebihan untuk keselesaan perjalanan. Tempahan dalam talian kini sangat popular dan portal seperti Easybook.com menawarkan perkhidmatan tempahan tiket yang mudah dan tanpa kerumitan. Anda malah boleh memilih tempat duduk sebelum berlepas, satu kemudahan yang sangat berguna jika anda membawa anak-anak. Hanya log masuk ke laman web, pilih lokasi mula dan destinasi dan tempah tempat duduk tepi tingkap untuk si kecil! Jadi, jika anda ingin menempah tiket bas dari Johor ke Alor Setar dalam hanya 3 langkah mudah, percayakanlah Easibook.com.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.