Panduan Terbaik Dari Johor ke Melaka
Terdapat beberapa jenis pengangkutan dari Johor ke Melaka yang boleh digunakan. Walaubagaimanapun, menggunakan bas adalah pilihan terbaik. Jarak diantara Johor dan Melaka lebih kurang 212 KM atau 131.7 batu. Ianya agak jauh dan pengangkutan yang terbaik sepatutnya dipilih.
Terdapat banyak syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan harian. Ianya termasuk Transnasional Cepat & Cekap Express, S & S International Express dan banyak lagi. Apabila mengembara dari Johor ke Melaka, bas akan mengambil penumpang di Batu Pahat, Kluang, Mersing, Muar atau Terminal Larkin. Tempat menurunkan penumpang adalah di Terminal Bas Melaka, Alor Gajah atau berdekatan A. Famosa.
Masa yang diambil untuk perjalanan dari Johor ke Melaka bergantung kepada keadaan trafik, tetapi kebiasaanya ianya mengambil masa selama dua jam setengah. Oleh kerana jarakya, bas akan berhenti di beberapa kawasan untuk tujuan tertentu. Penumpang dibenarkan untuk menyegarkan diri mereka, mendapatkan kudapan untuk meneruskan perjalanan. Kesemua bas dilengkapi dengan kemudahan moden untuk menawarkan penumpang dengan keselesaan maksimum. Seperti contoh, kesemuanya dilengkapi dengan kerusi menarik dan penghawa dingin. Walau pun perjalanan dari Johor ke Melaka agak jauh, ianya seperti tidak akan terasa dek kerana kemudahan yang disediakan.
Jika anda bercadang membuat perjalanan dari Johor ke Melaka, anda tidak perlu bersusah payah untuk menempah tiket. Dengan kemajuan teknologi, tempahan dalam talian lebih menjimatkan wang dan masa. Anda hanya perlukan akses kepada perkhidmatan internet untuk membuat pesanan tiket. Anda boleh mendapatkan maklumat perjalana di seluruh Malaysia dengan hanya log masuk ke easybook.com di keselesaan rumah mahupun pejabat.
