Loading...

Johor, Malaysia to Kuala Lumpur, Malaysia Jadual bas dan tambang

Johor, Malaysia to Kuala Lumpur, Malaysia Trip Information
Distance:
328 KM
Average Travelling Time:
04h28m
Total Operator Brands:
59
Total Trips:
18017

Panduan Perjalanan dari Johor ke KL dengan Bas

Panduan Terbaik dari Johor ke KL

Menaiki bas dari Johor ke KL merupakan salah satu cara paling menjimatkan dan paling mudah untuk melakukan perjalanan. Antara syarikat bas terkenal yang menawarkan perkhidmatan ekspres harian termasuk Konsortium Bas Express, S&S International (M) Express, Sri Maju Group, Transnasional, Supernice Grassland, Cepat & Cekap Express dan JB Transliner.

Bagi mereka yang ingin menaiki bas dari Johor, terdapat beberapa lokasi pick-up seperti Batu Pahat, JB Larkin Terminal, Tun Aminah, Johor Jaya, Kluang, Mersing, Pasir Gudang, Muar dan JB Merlin Tower. Seperti lokasi berlepas, kebanyakan lokasi drop-off di KL juga sangat strategik — antaranya Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Putrajaya Sentral, Pudu Sentral, Shah Alam Terminal, Hentian Sebelah Serdang dan Klang Sentral.

Perjalanan menaiki bas dari Johor ke KL mengambil masa sekitar 5 hingga 6 jam bergantung pada keadaan trafik. Kebanyakan bas akan berhenti untuk rehat selama kira-kira 20 minit bagi membolehkan penumpang menggunakan tandas atau membeli snek. Oleh kerana semua bas dilengkapi kerusi boleh baring sepenuhnya dan penghawa dingin, perjalanan menjadi sangat selesa dan tidak terasa lama. Harga tiket kanak-kanak biasanya lebih murah berbanding dewasa.

Kini, tempahan tiket bas boleh dibuat di mana-mana sahaja selagi mempunyai akses internet. Hanya dengan melayari easibook.com, anda boleh mendapatkan semua maklumat mengenai perkhidmatan bas bukan sahaja dari Johor ke KL tetapi juga laluan bas ke seluruh Malaysia dan Singapura. Rangkaian tempahan terbesar ini akan menjimatkan banyak masa anda daripada beratur di kaunter tiket.

* Hanya 0.01% harga perjalanan yang tinggi sedikit daripada kaunter ** Hanya boleh digunakan untuk transaksi tanpa menggunakan kod diskaun dan perjalanan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tertentu. *** Untuk perjalanan yang tertentu sahaja, diskaun telah dimasuk dalam harga tiket (harga lebih rendah daripada kaunter bas). * Gambar Bas adalah untuk rujukan sahaja. * Masa perjalanan hanya jangkaan masa sahaja.