
🚨CIRI BARU: PEMBATALAN AUTOMATIK!
July 23, 2025
🚨 CIRI BARU: PEMBATALAN AUTOMATIK!
Tak perlu tunggu lagi – batal tiket anda dan dapatkan REFUND serta-merta! 💸
Kini anda boleh batalkan tiket yang layak dengan mudah melalui Aplikasi Easybook hanya dengan beberapa langkah mudah:
Langkah 1:
Pergi ke bahagian ‘Tempahan’ dalam Aplikasi Easybook anda.
Langkah 2:
Pilih tiket yang ingin dibatalkan dan klik ‘Batalkan Tiket’.
Langkah 3:
Semak dasar pembatalan dan jumlah bayaran balik yang akan diterima.
Setiap operator bas mempunyai dasar berbeza, jadi sila baca dengan teliti.
Langkah 4:
Tanda ‘Ya, saya bersetuju dengan dasar di atas’ dan tekan ‘Seterusnya’.
Langkah 5:
Klik ‘Teruskan Pembatalan’ untuk sahkan.
Selesai! Setelah berjaya dibatalkan, jumlah bayaran balik akan dikreditkan ke dalam Dompet Easybook anda secara serta-merta. 💰
⚠️ Peringatan Mesra:
Tidak semua tiket layak untuk bayaran balik. Kami amat menyarankan anda untuk menyemak tag ‘Refundable’ semasa memilih operator bas sebelum membuat tempahan.